USDCAD mendekati sokongan utama - analisis - 27-06-2019
Pasangan matawang USDCAD untuk analisa hari ini dilihat sedang dalam proses melakukan penurunan seterusnya untuk mendekati paras sokongan harga semasa yang buat masa sekarang ini berada di zon paras sokongan utama diparas 1.30922-1.30461.Melihat kepada trend pula,hari ini saya dapat menyaksikan penghujung trend bearish.Penerusan trend menurun seterusnya akan disahkan jika harga semasa berjaya melanggar zon paras sokongan yang disebutkan tadi.Indikator MA pula masih lagi mempertahankan kedudukannya dengan mengekalkan kuasanya diatas paras harga semasa dan memberi daya tolakan keatas harga semasa ke arah bawah.Mengikut analisa diatas dapat dirumuskan bahawa berkemungkinan hari ini harga akan lebih memandang bearish sebagai kawasan utamanya
Mengingatkan kepada anda bahawa,jika harga semasa berjaya menyentuh zon paras sokongan harga semasa diparas 1.30922-1.30461 maka harga semasa akan terus membuat terjunan dan sasaran seterusnya berada pada candle jangka masa mingguan iaitu diparas sokongan 1.29770.Paras ini buat masa sekarang ini diwakili oleh MA100.Sebaliknya jika harga semasa hari ini gagal melanggar zon sokongan harga ini,maka harga semasa akan membuat kenaikan dan sasaran pertama yang akan dicari oleh harga semasa adalah paras rintangan harga 1.32298.Melanggar paras ini akan membawa harga mendekati paras rintangan diparas 1.32793 yang mana buat masa sekarang ini diwakili oleh MA200.
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 1.29770 dan rintangan 1.32793
trend : bearish