USDCAD : Meneruskan kenaikan ke arah rintangan utama - 20-11-2019
Berdasarkan analisa pada hari ini, trend semasa masih lagi menunjukkan kekuatan momentum bullish pada pasangan matawang ini. Harga semasa masih lagi di lihat berada di atas semua indikator MA yang sekarang ini membentuk sokongan kukuh di bawah harga semasa. Penolakan indikator MA ini ke arah atas meyakinkan kita bahawa pasangan matawang ini akan meneruskan kenaikan ke arah atas. Oleh itu, saya meletakkan paras rintangan terdekat 1.32872 sebagai petunjuk kepada penerusan kenaikan pada minggu ini. Membuat pelanggaran terhadap rintangan terdekat ini akan membuatkan harga semasa terus membuat kenaikan dan akan cuba mensasarkan paras rintangan 1.33380. Paras rintangan ini masih belum di langgar semenjak 7 Ogos 2019 yang lalu dan menjadikan paras ini adalah paras terkukuh buat masa sekarang ini.
Signal hari ini
Buy stop 1.32872
Sl : 1.32472
Tp : 1.33380