USDCAD : Menuju ke arah harga terendah julai 2019 - 25-10-2019
Pasangan matawang USDCAD untuk analisa hari ini melihatkan kekukuhan matawang CAD hampir tiga minggu berturut-turut semenjak 10 oktober lalu.Kekuatan ini memberikan kita pengesahan bahawa untuk hari ini harga semasa akan cuba untuk membuat penurunan ke arah sokongan kukuh diparas 1.30198 iaitu paras terendah semenjak bulan julai 2019 yang lalu.Penurunan ini disokong oleh tekanan yang ditunjukkan oleh indikator EMA yang sekarang ini berada diatas paras harga semasa dan memberi tekanan ke arah bawah.Untuk hari ini kita akan mensasarkan paras sokongan kukuh diparas 1.30198.Melanggar paras ini akan membawa harga semasa melakukan penurunan dan mencatatkan penurunan semenjak awal tahun 2019 lagi.dan Sasaran seterusnya boleh disasarkan diparas sokongan utama mingguan diparas 1.29016 iaitu paras EMA200.Sebaliknya selepas menyentuh paras ini dan gagal untuk melanggarnya maka harga semasa akan membuat kenaikan dan akan cuba untuk mensasarkan paras rintangan kukuh terdekat yang terletak diparas 1.30885
SIGNAL HARI INI
USDCAD SELL
SL : 1.30885
TP : 1.30198