USDCAD menyentuh sokongan bulanan - analisis - 20-06-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

USDCADDaily.png

Pasangan USDCAD untuk analisa hari ini dilihat masih lagi membuat percubaan untuk melakukan pelanggaran pada tahap sokongan bulanan yang terletak pada paras 1.32372.Trend untuk hari ini masih lagi membuat dominan penurunan harga,Manakala penurunan harga untuk hari ini dapat dilihat disokong oleh kesemua indikator MA yang telah pun dilanggar oleh harga semasa dan membuat penolakan dari atas.Dari semua petunjuk ini dapatlah saya rumuskan bahawa analisa hari ini akan lebih berpihak kepada penurunan harga semasa sahaja.Tetapi beberapa perkara harus dilihat sebelum kita dapat mengesahkan bahawa harga akan membuat penurunan harga semasa hari ini.

Mengingatkan kepada anda bahawa,jika harga semasa berjaya melanggar paras sokongan 1.32372 pada hari ini,maka harga semasa akan terus memberi sokongan kepada analisa kita dengan lawatan seterusnya terletak pada paras sokongan diparas 1.31304.Paras ini adalah paras terendah pada bulan 22 februari 2019 yang lalu.Melanggar paras sokongan ini pula akan memberi peluang kepada harga semasa untuk membuat lawatan seterusnya ke paras sokongan harga terendah 1 februari 2019 yang terletak pada paras 1.30798.Sebaliknya jika harga semasa hari ini gagal untuk melakukan pelanggaran pada paras sokongan yang disebutkan ini,maka harga semasa akan cuba membuat kenaikan keparas rintangan harga terdekat yang buat masa sekarang ini terletak pada paras 1.32786.

julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 1.31304 dan rintangan 1.32786

trend : bearish

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.