USDCAD - Momentum Bullish sedang masuk - 13-08-2019
Pasangan USDCAD untuk analisa hari ini menunjukkan kemasukan momentum BULLISH kedalam pasaran pasangan matawang ini.Dilihat pada carta,kita dapat mengesahkan kenaikan setelah harga semasa berjaya melanggar rintangan terakhir yang berada diparas 1.32260 yang diwakili oleh MA50.Buat masa sekarang indikator stochcastik juga menunjukkan kekuatan kenaikan terhadap harga semasa.Mengingatkan kepada anda bahawa,untuk mengesahkan lagi kenaikan untuk hari ini,harga semasa perlu melanggar rintangan kukuh yang terletak pada paras 1.32547.Melanggar paras ini akan membawa harga semasa ke arah rintangan kukuh seterusnya diparas 1.32960.Sebaliknya jika harga semasa gagal melanggar paras rintangan ini,maka harga semasa akan cuba membuat penurunan dan menguji semula paras sokongan di MA50 iaitu diparas 1.32260.Melanggar paras sokongan ini akan membawa harga melawat paras sokongan 1.31852 yang diatasnya sekarang ini mempunyai dua MA iaitu MA100 dan MA200.
Untuk signal hari ini,saya akan meletakkan order buy stop saya diparas 1.32547.Keuntungan yang saya boleh ambil akan berada pada paras 1.32960 manakala kerugian yang boleh diambil adalah pada paras 1.31852
PASANGAN : USDCAD
ENTRY : BUY STOP @1.32547
SL : 1.31852
TP : 1.32960