USDCAD terus membuat harga terendah tahun ini - 09-11-2020
Pada pemerhatian minggu ini, kami melihat bahawa harga semasa pada pasangan matawang USDCAD di lihat terus mencipta terjunan demi terjunan dan dijangka akan melakukannya sehingga penamat minggu ini. Sebelum ini, harga semasa telah berjaya menembusi harga terendah Oktober 2020 dan sekarang ini dijangka akan terus membuat junaman ke arah bawah dan mencari harga terendah bulan Januari tahun ini. Ini di dorong oleh kelemahan matawang US Dollar dari segi Fundamental dan tekanan yang diberikan oleh indikator EMA dari segi teknikal. Oleh itu, kami akan mensasarkan paras sokongan 1.29576 sebagai kawasan sasaran untuk minggu ini.
SIGNAL
SELL USDCAD
TP: 1.29576
SL: 1.31088