USDCAD: Trend Bearish masih menguasai pasaran - 27-12-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

USDCADH4.png

Berdasarkan pemerhatian pada hari ini, harga semasa pada hari ini telah pun berjaya membuat pelanggaran terhadap paras sokongan kukuh di paras 1.31108. Paras sokongan ini sekarang telah membentuk rintangan baru pada harga semasa. Indikator EMA jika di lihat pada carta jangka masa empat jam menunjukkan bahawa ia berada di atas paras harga semasa dan menolak harga ke arah bawah sekarang. Oleh itu, jangkaan kita adalah bahawa pada hari ini, harga semasa akan terus membuat penurunan dan mensasarkan paras sokongan kukuh di paras 1.30500. Paras sokongan ini adalah paras terendah pada 29 Oktober 2019. Melanggar paras sokongan ini akan membuatkan harga semasa terus mencari paras terendah Julai iaitu pada paras 1.30224. Namun diingatkan, jika harga semasa menguji paras rintangan 1.31108 ini dan berjaya membuat pelanggaran terhadap paras rintangan tersebut, maka harga semasa akan kembali membuat kenaikan sementara dan mendekati paras rintangan kukuh yang terletak di paras 1.31731.

Signal untuk hari ini

SELL USDCAD 1.31055

Sl: 1.31731

Tp: 1.30500

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.