USDCHF : adakah mencari rintangan 0.99110 ?? - 22-10-2019
Pasangan matawang USDCHF untuk analisa hari ini dilihat sudah pun melengkapkan sentuhan terhadap paras psikologi sokongan iaitu diparas 0.98456.Akibat dari kegagalan tersebut,saya melihat kebarangkalian kenaikan untuk hari ini boleh dicadangkan.Walaupun dilihat dari sudut trend,tekanan masih lagi dikuasai oleh momentum bearish.Kita tidak dapat menafikan kemungkinan akan berlaku kenaikan sementara sebelum berlakunya terjunan seterusnya.Oleh itu saya mencadangkan kenaikan sehingga keparas rintangan kukuh diparas 0.99110 yang buat masa sekarang ini diwakili oleh EMA50.Namun,harga semasa terlebih dahulu perlu melanggar paras rintangan kukuh diparas 0.98835 untuk mengesahkan kenaikan harian untuk hari ini.Kegagalan melanggar rintangan terdekat ini akan menyebabkan penurunan berlaku dan sasaran sokongan kita adalah pada paras 0.98456
Signal hari ini
USDCHF BUY STOP 0.98835
SL : 0.98456
TP : 0.98110