USDCHF bakal melanggar sokongan kukuh - analisis - 04-06-2019
Pasangan USDCHF hari ini dilihat membuka candle harian dalam keadaan bearish.Pergerakan pada dagangan sesi asia ini melihatkan pergerakan tenang bagi pasangan ini buat masa sekarang.Trend masih dominan meneruskan trend penurunan harga semasa dan untuk hari ini saya menjangkakan penurunan bakal diteruskan jika harga semasa melanggar paras sokongan kukuh yang buat masa sekarang berada pada paras 0.99078.Mengingatkan kepada anda bahawa,jika harga semasa membuat percubaan melanggar paras sokongan kukuh ini dan melanggarnya maka harga semasa akan meneruskan perjalanan ke arah sokongan utama diparas 0.97432.Paras ini adalah paras terendah pada bulan januari 2019.Sebaliknya kegagalan melanggar paras sokongan kukuh ini akan menyebabkan harga membuat retracement dan harga semasa akan mencari paras rintangan terdekat yang buat masa sekarang diwakili oleh MA200 diparas 0.99783.
Julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 0.97432 dan rintangn 0.99783
trend : bearish
sokongan 1 : 0.99078
sokongan 2 : 0.97432
rintangan 1 : 0.99743
rintangan 2 : 1.00367