USDCHF : Cubaan melanggar EMA200 - 17-10-2019
Pasangan matawang USDCHF untuk analisa hari ini menujukkan penurunan yang jelas dan sedang memasuki zon sokongan kukuh diparas 0.99272.Jika dilihat didalam carta,paras ini sekarang ini diwakili oleh EMA200 yang menjadikan sokongan ini sebagai sokongan kukuh terdekat buat masa sekarang ini.Langkah awal kita adalah untuk memerhatikan terlebih dahulu pergerakan pasangan matawang ini.Mengingatkan kepada anda bahawa jika harga semasa berjaya melanggar apras sokongan kukuh yang diwakili oleh EMA200 ini maka harga semasa akan terus membuat terjunan ke arah sokongan seterusnya yang diwakili oleh harga terendah pada 8 oktober 2019 yang lalu iaitu diparas 0.99072.Sebaliknya jika harga semasa gagal melanggar paras sokongan ini maka kenaikan akan berlaku dan sasaran awal kita berada diparas 0.99502 yang buat masa sekarang ini diwakili oleh EMA100.
SIGNAL HARI INI
USDCHF SELL STOP 0.99272
SL : 0.99502
TP : 0.99072