USDCHF - cubaan melanggar sokongan kukuh - 02-08-2019
Pasangan matawang USDCHF untuk analisa pada permulaan bulan ogos ini memberikan kita gambaran jelas tentang penurunan yang bakal berlaku.Untuk hari ini kita dapat lihat bahawa trend sangat jelas menunjukkan kekuatan BEARISH.Gambaran ini disokong pula oleh Indikator MA yang dilanggar oleh harga semasa baru-baru ini dan buat masa sekarang ini kedudukan candle semasa sangat membantu kita untuk mengesahkan perjalan bearish untuk pasangan matawang ini.Mengingatkan kepada anda bahawa,jika harga semasa berjaya melanggar paras sokongan 0.98825 ini,maka saya akan cuba mensasarkan paras terendah 25 julai sebagai sasaran sokongan saya.Sebaliknya jika harga semasa gagal melanggar paras sokongan terdekat ini sekarang,maka harga semasa akan cuba membuat kenaikan dan menguji semua MA yang berada dan membentuk rintangan kukuh.
Untuk signal hari ini saya akan meletakkan order sell stop diparas 0.98825.Saya akan cuba mengambil keuntungan diparas 0.98412 manakala meletakkan risiko kerugian saya diparas 0.99205
PASANGAN : USDCHF
ENTRY : SELL STOP @0.98825
SL : 0.99205
TP : 0.98412