USDCHF dijangka penuhi Bullish sehingga ke paras harga tertinggi 5 Mac
Pada pemerhatian pada hari ini, harga semasa pada pasangan matawang USDCHF pada hari ini di lihat terus membuat pendakian dan sekarang ini di dagangkan di sekitar paras 0.93444. Harga semasa di jangka akan meneruskan trend ini sehingga ke paras rintangan kukuh mingguan yang berada di paras 0.93747. Ini adalah harga tertinggi sekitar 5 mac 2021. Menyentuh dan gagal menembusi paras rintangan ini akan memberi petunjuk awal bahawa harga semasa akan kembali membuat perubahan trend pada hari ini. Jika itu berlaku, kami menjangkakan penurunan semula akan berlaku. Sasaran keuntungan yang kami jangkakan adalah sehingga ke paras sokongan kukuh harian yang berada di paras 0.92680.
SIGNAL
SELL LIMIT 0.93747
TP: 0.92680
SL: 0.94045