USDCHF: Gagal melanggar paras sokongan 0.98422 - 11-12-2019
Berdasarkan analisa pada hari ini, harga semasa sekarang ini di lihat masih lagi gagal untuk membuat pelanggaran terhadap paras sokongan kukuh yang di wakili oleh 2 paras iaitu paras sokongan 0.98507 dan 0.98422. Ini menandakan bahawa harga semasa untuk hari ini akan cuba untuk membuat kenaikan ke arah rintangan kukuh terdekat. Walaupun pada umumnya tekanan Bearish masih lagi menguasai pasaran, saya melihat kenaikan yang berlaku adalah bersifat sementara sahaja sebelum penerusan penurunan. Oleh itu, sasaran kita untuk hari ini adalah pada paras rintangan kukuh harian iaitu di paras 0.99205. Menyentuh paras ini akan memberikan petunjuk seterusnya bagi pergerakan harga untuk pasangan matawang ini.
Signal untuk hari ini
Buy USDCHF @0.98507
Sl: 0.98422
Tp: 0.99205