USDCHF : gagal melanggar sokongan kukuh - 04-09-2019
Pasangan matawang USDCHF untuk analisa hari ini menunjukkan kegagalan harga semasa untuk melakukan pelanggaran terhadap sokongan kukuh diparas 0.98605.Ini mengakibatkan kenaikan sedang berlaku dan jangkaan kita adalah untuk harga kembali mensasarkan paras rintangan kukuh diparas 0.99205.Sebeleum itu harga semasa perlu melanggar rintangan terdekat dahulu diparas 0.98767 sebelum membuat kenaikan ke arah rintangan yang disebutkan.Trend besar masih lagi dikuasai oleh bullish buat masa sekarang ini manakala kenaikan untuk hari ini disokong oleh kesemua indikator EMA.Mengingatkan kepada anda bahawa,jika harga gagal melanggar paras rintngan 0.98767 maka harga semasa akan membuat penurunan dan akan cuba mensasarkan paras sokongan kukuh di 0.98071
Untuk signal hari ini saya akan meletakkan buy stop diparas 0.98767 manakala keuntungan berada pada paras rintangan kukuh 0.99205 dan kerugian berada pada paras 0.98071
PASANGAN : USDCHF
ENTRY : BUY STOP @0.98767
SL : 0.98071
TP : 0.99205