USDCHF masih dalam cubaan perubahan trend, menunggu tembusi EMA200
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang USDCHF pada hari ini di lihat masih lagi cuba untuk membuat perubahan trend dari Bullish kepada Bearish namun pergerakan yang ditunjukkan agak perlahan buat masa sekarang. Perubahan trend ini perlu mengambil kira kelemahan matawang USD dan juga faktor ekonomi yang lain. Oleh itu, kami akan terus menunggu sebarang berita untuk menggerakan pasaran dengan lebih jelas. Jika harga semasa berjaya menembusi Sokongan kukuh harian yang berada di paras 0.91353 maka pengesahan penurunan akan berlaku. Jika ini berlaku, kami menjangkakan penurunan akan diteruskan sehingga ke paras sokongan terendah 2 Mac iaitu di paras 0.91353.
SIGNAL
SELL STOP 0.92352
TP: 0.91353
SL: 0.93118