USDCHF Masih mengekalkan trend Bearish - 23-07-2020
USDCHF dijangka akan meneruskan dan mengekalkan trend Bearish sehingga penutup minggu ini
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang USDCHF pada hari ini di lihat masih lagi meneruskan trend mingguannya. Harga semasa sekarang ini didagangkan disekitar paras 0.92835 dan dilihat akan cuba mendekati zon sokongan kukuh mingguan. Paras sokongan terdekat yang boleh disasarkan sekarang adalah sehingga ke paras 0.92505 dan 0.91849 iaitu paras harga terendah pada bulan Mac 2020. Namun, kami menjangkakan Zon sokongan ini akan menjadi pengakhiran kepada trend Bearish yang telah ditunjukkan semenjak bulan April yang lalu. Jika harga semasa gagal untuk menembusi paras sokongan ini, maka harga semasa akan membuat kenaikan dan kami akan mensasarkan paras rintangan kukuh harian di paras 0.94863 sebagai kawasan rintangan harian.
Signal untuk hari ini
Buy limit 0.92505
Sl: 0.91849
Tp: 0.94863