USDCHF: Melanggar paras rintangan kukuh harian - 09-01-2020
Berdasarkan pemerhatian pada hari ini, harga semasa pada sesi awal dagangan asia tadi telah pun membuat pelanggaran terhadap paras rintangan kukuh harian yang sekarang ini membentuk sokongan iaitu paras 0.97381. Membuat pelanggaran terhadap paras rintangan ini memberitahu kepada kita bahawa, harga semasa akan membuat kenaikan selanjutnya sehingga ke paras tertinggi harga. Jika anda lihat pada carta sekarang ini, harga semasa sedang membuat penurunan untuk menguji semula paras sokongan di bawah. Saya menjangkakan bahawa harga semasa akan gagal membuat pelanggaran dan akan terus membuat kenaikan kembali sejurus menyentuh paras tersebut. Oleh itu, saya mencadangkan kenaikan harga semasa pada hari ini, dan sasaran awal kita adalah sehingga ke paras rintangan kukuh harian di paras 0.97671.
Signal untuk hari ini
Buy limit 0.97381
Sl: 0.97268
Tp: 0.97671