USDCHF menguji EMA200 - 29-01-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa sekarang ini berada di bawah paras rintangan kukuh yang sekarang ini di wakili oleh indikator EMA200. Untuk pengetahuan anda, EMA200 boleh menjadi antara rintangan kukuh buat masa sekarang ini. Dari segi trend, kita dapat lihat bahawa trend telah pun berubah ke arah Bullish selepas gagal untuk membuat pelanggaran terhadap paras sokongan di paras 0.96271 sebelum ini. Oleh itu, untuk hari ini, saya menjangkakan bahawa akan ada kenaikan berlaku jika harga semasa berjaya membuat pelanggaran di atas paras EMA200 yang sekarang ini mewakili paras rintangan 0.97439. Melanggar paras rintangan ini membolehkan harga semasa untuk membuat penerusan kenaikan dan mensasarkan rintangan seterusnya di paras 0.97760. Namun kegagalan membuat pelanggaran terhadap paras ini akan menyebabkan penurunan berlaku dan harga semasa akan cuba membuat penurunan. Penurunan yang berlaku boleh di sasarkan sehingga ke paras 0.96833.
Signal hari ini
Sell at 0.97433
Sl: 0.97760
Tp: 0.96833