USDJPY bergerak tenang dalam trend Bullish - 11-11-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang USDJPY pada hari ini di lihat terus membuat pergerakan tenang selepas memuncak kenaikan pada pembukaan minggu ini. Harga semasa sekarang ini di dagangkan disekitar paras 105.194 dan dijangka boleh mengekalkan trend Bullish untuk keseluruhan minggu ini. Namun begitu, pergerakan yang mendatar ini memberi kebimbangan untuk kami buat masa sekarang. Oleh itu, kami akan terus memerhatikan pasangan matawang ini untuk masa sekarang. jika harga semasa berjaya membuat kenaikan, sasaran utama yang akan di cari adalah sehingga ke paras rintangan 105.464-105.707.
SIGNAL
BUY 105.195
TP: 105.464
SL: 104.936