USDJPY bergerak tenang selepas gap - 28-01-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, pasangan matawang USD/JPY pada hari ini di lihat masih lagi tidak membuat apa-apa pergerakan positif yang jelas buat masa sekarang ini. Harga semasa masih lagi bergerak tenang di atas paras sokongan kukuh semalam iaitu di paras 108.848. Tekanan Bearish buat masa sekarang masih menguasai pasaran, namun keterbatasan pergerakan pada masa sekarang ini memberikan satu ketidakpastian kepada kita untuk membuat sebarang keputusan. Oleh itu, saya mencadangkan anda untuk terus memerhatikan paras sokongan yang telah di tandakan di bawah paras harga semasa ini. Membuat pelanggaran terhadap paras sokongan ini akan menyebabkan harga semasa membuat penurunan dan mensasarkan paras sokongan kukuh seterusnya yang terletak di paras 107.865.
Signal untuk hari ini
Sell stop 108.848
Sl: 109.348
Tp: 107.865