USDJPY: Kembali membuat kenaikan ke arah rintangan EMA200 - 02-01-2020
Berdasarkan pemerhatian pada hari ini, harga semasa di pasangan matawang USD/JPY menunjukkan pembukaan harian dalam keadaan GAP ke arah atas. Pada awal minggu lalu, harga semasa gagal membuat pelanggaran terhadap paras sokongan kukuh bulanan yang berada di paras 108.500. Kegagalan membuat pelanggaran ini menandakan bahawa kenaikan akan berlaku. Pembukaan semula candle harian selepas cuti awal tahun ini menunjukkan bahawa kenaikan yang dijangkakan boleh disahkan untuk hari ini. Oleh itu, saya melihat bahawa kenaikan pada hari ini boleh di sasarkan sehingga ke paras rintangan kukuh harian iaitu di paras 109.025. Paras ini sekarang di wakili oleh indikator petunjuk trend kita iaitu EMA200. Walaupun pada dasarnya, trend semasa masih lagi menunjukkan kekuatan Bearish, saya meletakkan kenaikan pada hari ini sebagai kenaikan sementara sebelum gelombang penurunan seterusnya di buat.
Signal untuk hari ini
Buy USD/JPY 108.775
Sl: 108.500
Tp: 109.025