USDJPY kembali membuat penurunan - 30-09-2020

Baca artikel ini di laman web FBS

USDJPYH4.png

Berdasarkan penelitian terkini, kami melihat bahawa harga semasa pada pasangan matawang USDJPY untuk hari ini dilihat menjurus kepada penurunan harga yang signifikan. Harga semasa sebelum ini gagal untuk menembusi kawasan rintangan kukuh di paras 105.799. Ini adalah harga tertinggi pada 15 September yang lalu. Ini mengakibatkan penurunan mendadak untuk pasangan matawang ini menjelang sesi penutupan sesi asia. Bagi mengesahkan penurunan pada hari ini, kami akan meletakkan satu penanda aras bagi meyakinkan kami tentang penurunan harga semasa untuk pasangan matawang ini. Jika harga semasa berjaya menembusi paras sokongan kukuh harian yang berada di paras 105.355, maka harga semasa akan terus membuat terjunan ke arah bawah dengan sasaran awal kami akan berada di paras sokongan 104.526.

Signal untuk hari ini

Sell stop 105.355

Sl: 105.799

Tp: 104.526

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.