USDJPY kembali membuat tekanan Bearish - 01-09-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang USDJPY pada hari ini di lihat telah kembali membuat penurunan selepas semalam menyaksikan kelemahan matawang JPY selepas pengumuman perletakan jawatan oleh bekas perdana menterinya Shinzo Abe. Harga semasa sebelum ini di lihat membuat penurunan selepas gagal untuk menembusi tembok rintangan yang berada di paras 105.952. Paras rintangan ini sekarang di wakili oleh indikator EMA yang juga sekarang ini menyokong penurunan pasangan matawang ini. Oleh itu, kami menjangkakan bahawa penurunan akan terus berlaku pada hari ini dengan sasaran awal kami akan berada pada paras terendah pertengahan ogos lalu iaitu di paras 105.160.
Signal untuk hari ini
Sell USDJPY
Sl: 105.952
Tp: 105.160