USDJPY masih dalam keadaan bullish - analisis - 31-10-2018
Pasangan USDJPY hari ini masih menunjukkan kekuatan menaik di jangka masa 1 jam.Tetapi dapat dilihat bahawa pasangan ini sedang melakukan retracement sementara kerana telah menyentuh rintangan diatas.Kami menjangkakan penurunan hari ini akan menyentuh sokongan terdekat kami iaitu diparas 112.876 atau menyentuh trendline kami sebelum harga melakukan kenaikan semula.Jika harga melakukan kenaikan dan melanggar paras rintangan 113.449 maka harga akan terus menaik keparas rintangan utama iaitu diparas 113.878.Sebaliknya jika harga melakukan pelanggaran di trendline maka kemungkinan harga akan terus menjunam keparas sokongan 112.734.
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 112.734 dan rintangan 113.449
trend dijangka untuk hari ini : bullish