USDJPY mengekalkan trend Bearish - 16-09-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang USDJPY di lihat telah pun menyentuh paras sokongan kukuh mingguan yang berada pada paras 105.281. Paras sokongan ini belum berjaya ditembusi oleh mana-mana harga semasa semenjak bulan Ogos yang lalu. Jika di lihat secara menyeluruh, trend semasa masih lagi dalam keadaan Bearish yang jelas dan kekal releven sehingga sekarang. Melihat kepada faktor-faktor terkini ekonomi di Jepun, kami mensasarkan pengukuhan kepada matawang Jepun Yen. Oleh itu, jika harga semasa menembusi paras sokongan kukuh harian yang berada di paras 105.281, maka harga semasa akan terus membuat lanjutan penurunan dengan sasaran utama kami berada pada harga terendah Julai 2020 iaitu di paras 104.446.
Signal untuk hari ini
Sell USDJPY 105.281
Sl: 106.211
Tp: 104.446