USDJPY: Telah menyentuh rintangan utama bulanan - 13-01-2020
Berdasarkan pemerhatian pada hari ini, harga semasa di pasangan matawang USD/JPY membuka Candle hariannya dalam keadaan Bullish pada pembukaan pasaran sesi asia hari ini. Candle harian di lihat sekarang ini sedang menguji paras rintangan kukuh bulanan yang masih belum di langgar semenjak bulan Oktober tahun lalu. Paras rintangan tersebut sekarang ini berada di paras 109.630. Oleh itu, saya menjangkakan bahawa harga semasa pada minggu ini akan cuba untuk membuat pelanggaran terhadap paras ini. Jika harga semasa berjaya membuat pelanggaran terhadap paras rintangan ini, maka harga semasa akan membuat kenaikan dan akan cuba mensasarkan paras rintangan seterusnya yang terletak di paras 110.490. Sebaliknya, jika harga semasa gagal membuat pelanggaran terhadap paras rintangan ini, maka harga semasa akan membuat penurunan dan akan cuba mensasarkan paras sokongan terdekat yang sekarang ini di wakili oleh paras sokongan 106.890.
Signal untuk hari ini
Buy 109.670
Sl: 108.890
Tp: 110.490