USDJPY : Yen Jepun melemah untuk hari ini - 21-11-2019
Berdasarkan pemerhatian hari ini, harga semasa telah membuat kenaikan setelah gagal membuat pelanggaran terhadap paras sokongan kukuh di paras 108.276. Kegagalan ini menyebabkan kenaikan telah pun berlaku semenjak pembukaan candle pada pagi tadi. Buat masa sekarang pula, jika anda lihat pada carta, harga semasa sekarang ini di lihat sedang menguji paras rintangan kukuh yang masing-masing di wakili oleh indikator EMA dan jangkaan kita adalah harga semasa akan terus membuat kenaikan untuk hari ini. Untuk mengesahkan kenaikan pada hari ini, harga semasa perlu melanggar paras rintangan terdekat sekarang ini iaitu di paras 108.705. Melanggar paras ini akan membantu kita mengesahkan kenaikan yang di jangkakan dan sasaran utama kita adalah pada paras rintangan di paras 109.050.
Signal hari ini
Buy stop 108.705
Sl : 108.276
Tp : 109.050