Kenaikan Kadar Fed Seterusnya: Apa Yang Harus Dijangkakan?

Baca artikel ini di laman web FBS

Bank pusat AS akan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat seterusnya pada hari Rabu, 27 Julai. Kita akan melihat jika Rizab Persekutuan akan memilih untuk kenaikan 75 mata asas atau 100bp. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keputusan Fed. Secara teorinya, matlamat Fed dalam menggunakan alat kenaikan kadar adalah untuk menjinakkan inflasi tanpa mencetus kemelesetan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan Fed

Untuk membuat keputusan mengenai kenaikan kadar yang sesuai, ahli-ahli FOMC akan melihat metrik inflasi utama seperti Indeks Harga Pengguna (CPI) dan indikator pertumbuhan ekonomi seperti angka tahap penggajian untuk mendapatkan gambaran yang lebih baik tentang ekonomi.

1. Inflasi

Indeks Harga Pengguna (CPI) mengukur inflasi harian produk dan perkhidmatan. Perubahan angka indikator ini menunjukkan betapa tinggi/rendahnya harga pada bulan sebelumnya. Inflasi di AS terus mengejutkan semua orang selepas bacaan terakhir diumum lebih tinggi dari jangkaan dan melonjak kepada 9.1% di bulan Jun (paras tertinggi dalam tempoh 40 tahun), berbanding 8.6% di bulan Mei.

CPI.png

Inflasi akan terus memanas dan dijangka kekal tinggi dalam beberapa bulan yang akan datang. Ia boleh mendorong Fed untuk terus menaikkan kadar. Walau bagaimanapun, ia tidak perlu menaikkan kadar dengan lebih agresif dari kadar semasa. Terdapat tanda-tanda tentatif bahawa inflasi mungkin mula tenang secara relatif, dan kita berada di puncak peralihan pertumbuhan harga.

Sebabnya ialah harga tenaga dan minyak yang lebih rendah. Di samping itu, pertumbuhan gaji telah reda daripada paras yang tinggi pada awal tahun ini kerana syarikat kini menghentikan/melambatkan pengambilan pekerja untuk mengatasi kenaikan harga. Dengan harga komoditi yang lebih rendah - terutamanya makanan dan logam asas - pertumbuhan harga mungkin akan menjadi lebih tenang sedikit.

Harga petrol tidak mungkin akan terus jatuh, dengan prospek kenaikan semula harga minyak. Tetapi penurunan yang lebih luas dalam harga komoditi seharusnya membantu mengurangkan tekanan ke atas inflasi teras.

2. Pasaran Buruh yang kukuh dan stabil

Data pengangguran AS yang kukuh boleh menjadi hujah bagi Rizab Persekutuan untuk menaikkan lagi kadar. Gaji bukan ladang meningkat sebanyak 372K pada bulan Jun, tetapi kadar pengangguran kekal pada paras 3.6%, bertentangan dengan kebimbangan kemelesetan. Laporan tahap penggajian pekerja pada bulan Jun menunjukkan bahawa ekonomi AS tidak berada di puncak kemelesetan dan tidak pula terlalu panas.

NFP.png

Walau bagaimanapun, walaupun pasaran buruh AS kukuh, Fed tidak akan mengambil risiko mempercepatkan kenaikan kadar, bimbang usaha untuk membendung inflasi, jika berlebihan, akan membawa kepada kemelesetan dan peningkatan pengangguran yang mendadak. Menaikkan kadar boleh melembapkan ekonomi dan berkemungkinan akan menyebabkan peningkatan pengangguran dari semasa ke semasa.

Bilakah Fed akan menaikkan kadar? Dan berapa banyak?

Kebarangkalian kadar meningkat sebanyak satu mata peratusan penuh meningkat selepas inflasi di Amerika melonjak kepada 9.1%. Kadar yang lebih tinggi sepatutnya menyejukkan harga yang marak. Walau bagaimanapun, kebimbangan mengenai kesan kenaikan kadar ke atas ekonomi AS mungkin mengehadkan kenaikan kadar sebanyak 75 mata asas.

Secara keseluruhan, pasaran sudah bersedia untuk kenaikan 75 mata. Jika Fed memberi isyarat kenaikan kadar yang lebih perlahan pada masa hadapan, USD mungkin akan tergelincir berbanding matawang utama lain, manakala US500 akan teransang.

LOG MASUK

Amira Mohey

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.