Adakah Dolar AS akan naik lagi?
Walaupun indeks dolar jatuh ke paras terendah dalam tempoh dua tahun, ia masih berpeluang untuk pulih.
JP Morgan berpendapat bahawa dolar AS boleh meneruskan kenaikannya walaupun selepas Rizab Persekutuan mula menaikkan kadar faedah. Fed sedang bergelut untuk mengawal kenaikan inflasi terpantas sejak tahun 1980 an. Indeks dolar meningkat sebanyak 5% pada tahun lepas, dan telah menimbulkan persoalan samada trend menaik tersebut telah tamat.
Namun, pada pandangan kami, USD masih mempunyai banyak peluang untuk meningkat dan membuat kenaikan yang besar. Pasaran masih dalam mod penemuan harga, dan harga data ekonomi dan keputusan Fed. Dapat diperhatikan bahawa puncak tertinggi dolar terjadi selepas satu atau dua bulan selepas kenaikan kadar Fed.
Jangkaan pasaran terhadap kenaikan kadar faedah sebanyak lima kali pada tahun ini bertambah kukuh, oleh disebabkan komen hawkish daripada Presiden Jerome Powell semasa mesyuarat terakhirnya. Bank pusat AS mungkin memilih untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas semasa mesyuarat pada bulan Mac.
Pasaran sedang memantau Fed, dan cuba meramal langkah seterusnya, kerana ini jelas kitaran yang sangat tidak konvensional. Sebagai contoh, pada mulanya Fed meramalkan bahawa inflasi akan menurun jika masalah rantaian bekalan yang berkaitan dengan wabak itu dapat diselesaikan. Namun, mereka kini sedar bahawa proses tersebut mengambil masa yang lebih lama daripada jangkaan.
Halangan kepada dolar AS
Dolar mungkin berdepan halangan yang akan merencatkan trend menaiknya, dengan perubahan nada yang signifikan daripada Bank Pusat Eropah dan Bank England.
Kedua-dua Bank England dan Bank Pusat Eropah menepati jangkaan pasaran. BoE menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 0.50% buat kali kedua berturut-turut. Pada masa yang sama, ECB mengekalkan dasarnya tetapi telah mengubah nadanya dalam menangani risiko inflasi yang menyerang zon Euro.
Indeks dolar merekodkan minggu terburuknya dalam masa dua tahun pada hari Jumaat lepas, selepas euro merekodkan nilai tertingginya dalam tiga minggu pada permulaan minggu ini, manakala pound melonjak selepas perubahan ketara daripada ECB dan BoE. EUR/USD menujukkan perubahan menaik yang signifikan dengan aksi harga pada hari Jumaat lepas (pergerakan terbesar untuk satu hari semenjak bulan Disember 2020) selepas presiden ECB Christine Lagarde mengakui peningkatan risiko inflasi dan enggan mengulangi panduan awal bahawa tiada kemungkinan untuk kenaikan kadar pada tahun ini. Ini menunjukkan perubahan nada yang ketara pada dasar monetari untuk salah satu bank pusat yang paling dovish di dunia. Dengan itu, keputusan untuk menaikkan kadar untuk Zon Euro pada tahun 2022, yang mana tidak dapat diterima sebelum ini, kini berkemungkinan berlaku.
Namun begitu, kenaikan euro tidak akan berterusan dalam jangka pendek, dengan pengetatan Fed, yang akan terus menyokong dolar.
Ekonomi AS sedang bertambah baik
Data buruh AS yang lebih baik daripada jangkaan, telah menyokong dolar pada hari Jumaat lepas, dan telah menolak indeks dolar kembali ke 95.46 selepas minggu yang tidak baik untuk matawang AS itu. Oleh kerana ekonomi AS dan pasaran buruh yang bertambah baik, ini akan mendorong Fed untuk mengetatkan polisinya dan menaikkan kadar pada mesyuarat bulan Mac nanti.
Kesimpulannya, dolar dijangkakan untuk meneruskan trend bullishnya, kerana ia belum lagi mencapai paras tertingginya. Namun, USD mungkin bergelut dengan kekuatan EUR yang disokong oleh pengetatan polisi ECB, yang boleh mengekang kenaikannya. Namun begitu, ia tidak akan menamatkan trend menaiknya.