Episod Terburuk Telah Berlalu Untuk Lira Turki
Baru-haru ini aset-aset TRY telah menyusut dengan teruk sekali. Ada beberapa sebab besar di sebalik depresiasi ini, dan kami akan kongsikannya dengan anda sekarang. Saya juga akan memberikan maklumat tentang sama ada penyusutan ini akan berterusan atau tidak.
Sebab-Sebab Kejatuhan Nilai TRY:
1. Peningkatan Permintaan Terhadap Aset-Aset USD Di Seluruh Dunia.
Selepas suku pertama 2021, peningkatan permintaan terhadap aset-aset USD mulai ketara. Dengan pandemik yang melanda, kita menyaksikan pelbagai sekatan di seluruh dunia, dan apabila sekatan ini ditamatkan, muncul tekanan inflasi yang hebat. Walaupun langkah meredam inflasi meningkatkan permintaan terhadap aset-aset USD, Fed mula memberikan petunjuk bahawa ia akan mengetatkan dasar monetari. Kesannya, Indeks Dolar AS (DXY) naik sehingga 97.00 selepas mengukuh sedikit di bawah 90.00. Situasi ini meletakkan aset negara-negara membangun di bawah tekanan.
2. Langkah-Langkah Dasar Monetari Bagi Pengurusan Ekonomi di Turki.
Aset TRY sudah berada di bawah tekanan sejak dari awal tahun di Turki, dan ekonomi itu bergelut dengan inflasi yang tinggi dan kadar faedah yang tinggi. Sehingga suku ketiga 2021, penggubal dasar di Turki menekankan bahawa kadar faedah yang tinggi adalah punca utama yang mendorong kenaikan inflasi. Menurut pentadbir ekonomi, penurunan kadar faedah juga boleh mengurangkan inflasi. Presiden Republik Turki, Recep Tayyip Erdogan, menyatakan bahawa inflasi adalah punca, dan kadar faedah adalah akibatnya. Kenyataan itu adalah peristiwa pertama yang menyebabkan masalah ini menjadi perhatian pasaran. Dalam tempoh ini, Bank Pusat Turki mula menurunkan kadar faedah dengan signifikan.
3. Pemotongan Kadar Faedah Bank Pusat Turki (TCMB).
Bank Pusat Turki (TCMB) telah membuat ketetapan dasar ekonomi yang tidak terdapat dalam model ekonomi semasa dan mula menurunkan kadar faedah walaupun inflasi meningkat. Sebagai contoh, Bank menurunkan kadar faedah dasar daripada 19% menjadi 15%. Dalam kes ini, penurunan kenaikan inflasi dan pengurangan kadar faedah menyebabkan pelabur beralih daripada deposit TRY kepada matawang asing dengan cepat. Akibatnya, pasangan USDTRY, yang didagangkan sekitar 8.5 TL, mencatat kenaikan yang ketara menjadi 13.5 TL disebabkan oleh keputusan ini.
Carta di atas menunjukkan kadar faedah Bank Pusat Turki dan kadar CPI dan PPI untuk wilayah Turki pada tahun 2021. Dalam model ekonomi semasa, langkah dasar yang belum pernah ditemui sebelum ini telah mendatangkan penyusutan yang ketara pada aset-aset TRY.
4. Perubahan Dasar Ekonomi Turki:
Pengumuman-pengumuman terkini dari pengurusan ekonomi di Turki menunjukkan perubahan pada dasar ekonomi. Daripada menaikkan kadar faedah untuk mengawal kadar tukaran, mereka cuba menutup defisit akaun semasa dengan eksport dengan meliberalisasikan kadar tukaran. Walaupun langkah ini tidak termasuk dalam model dan kesusasteraan ekonomi semasa, pengurusan ekonomi Turki dengan tegas mempertahankan kejayaannya.
Apakah Jangkaan Kami Untuk USDTRY Di Masa Akan Datang?
Sudah ada trend menaik yang meyakinkan pada pasangan USDTRY sejak 2011, dan ia telah gagal untuk tembus ke bawah. Sebaliknya, saluran pada pasangan USDTRY ini telah bolos ke sebelah atas, menunjukkan terdapatnya volum yang ekstrim. Di samping itu, menurut osilator seperti RSI, CCI, dan MACD harga telah mencapai zon "terlebih beli". Justeru itu, jika kita tidak melihat peningkatan ketara pada kadar inflasi atau pengetatan dasar monetari Bank Pusat ini dalam tempoh akan datang, arah trend itu mungkin menjadi lebih vertikal.
Pada hari Rabu, 1 Disember, Bank Pusat Turki menjual pegangan matawang asing mereka buat kali yang pertama dalam tempoh tujuh tahun untuk membendung penurunan lira berbanding dolar AS. TRY/USD bertindak balas dengan menurun serta-merta menjadi 12.35, namun ia pulih sejurus selepas itu. Peristiwa ini bermakna kerajaan Turki akan cuba untuk tidak membiarkan TRY jatuh lebih jauh berbanding USD.
Dari sudut pandang teknikal, kita dapat melihat pembentukan baji menaik (rising wedge) yang disokong oleh capahan (divergence) pada osilator RSI dan MACD di carta. Semua pola ini bersifat bearish. Bagi masa terdekat, kami mengandaikan bahawa USD/TRY akan disanggah dari 13.75, iaitu aras 1.618 Fibonacci. Selain itu, kami percaya bahawa kerajaan Turki akan dapat menekan USD/TRY turun menjadi 12.6 dalam beberapa bulan yang akan datang.