-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
Force Index
Apakah Itu Force Index?
Force Index (FI) ialah satu indikator yang dibangunkan oleh Alexander Elder. Ia mengukur daya bear dan bull dalam pasaran yang sedang dalam trend. Indikator ini adalah berdasarkan harga, arah, dan volum dagangan, yang, menurut Elder, merupakan tiga elemen penting pergerakan harga.
FI boleh mengesahkan suatu trend, mengenal pasti pembetulan yang berbaloi didagangkan, dan meramalkan penyongsangan.
Artikel ini akan menerokai Force Index, bagaimana ia dikira, dan bagaimana ia boleh dilaksanakan dan ditafsirkan untuk membuat keputusan perdagangan yang termaklum. Kami juga akan membandingkan Force Index dengan Money Flow Index dan mentafahus had-hadnya.
Memahami Force Index
Untuk memahami indikator Force Index, adalah penting untuk pertama sekali memahami hubungan antara pergerakan harga dan volum dagangan. Trend yang kukuh biasanya disertai dengan peningkatan volum dagangan, manakala trend yang lebih lemah mempunyai volum dagangan yang lebih rendah. Force Index mengukur kekuatan trend dengan membandingkan harga penutupan pada tempoh semasa, harga penutupan tempoh sebelumnya dan volum dagangan dalam tempoh yang sama.
Bagaimanakah Ia Dikira?
Force Index dikira dengan menggunakan formula yang mudah:
Force Index = (Harga Tutup Semasa – Harga Tutup Sebelum) x Volum
Kemudian purata bergerak eksponen digunakan pada nilai yang terhasil agar anda mempunyai histogram dan satu garisan dalam tetingkap indikator.
Pedagang boleh menyesuaikan Force Index dengan melaraskan tempoh yang digunakan untuk purata pergerakan data volum tersebut. Tempoh yang lebih panjang memberikan indikator yang lebih stabil, manakala tempoh yang lebih pendek lebih sensitif kepada perubahan jangka pendek.
Cara-cara menggunakan
Force Index termasuk dalam set lalai MetaTrader. Anda boleh menambahkannya pada carta dengan mengklik “Insert” – “Indicators” – “Force” dan kemudian memilih “Force Index.
Bagaimana cara mentafsir Force Index
Indeks akan positif jika harga penutupan semasa lebih tinggi daripada yang sebelumnya. Apabila indikator meningkat, ia menunjukkan daya bull. Sebaliknya, jika harga penutup lebih rendah daripada yang sebelumnya, indikator akan menjadi negatif, menunjukkan daya bear. Oleh itu, anda disarankan memerhatikan detik-detik apabila FI melepasi garisan sifar.
Di samping itu, indikator juga terdiri daripada data volum. Ini membolehkan anda melakukan pertimbangan yang lebih baik mengenai suatu trend dan momentumnya. Trend menaik semasa berkemungkinan akan berterusan apabila Force Index mencapai aras tertinggi yang baharu. Apabila FI meluncur ke tahap rendah yang baharu, trend menurun akan berterusan. Trend ini mungkin menyongsang arah apabila FI mencapai aras rendah yang lebih tinggi.
Jika suatu trend itu kukuh, Force Index akan berubah secara mendadak. Kemungkinan besar ia akan menandakan penerusan suatu trend. Pada masa yang sama, jika harga berubah dengan inersia, FI akan bergerak sedikit sahaja. Trend menaik menjadi lemah jika harga semasa meningkat tetapi indikator tersebut tidak.
Berikut kami kumpulkan pelbagai signal yang disediakan oleh Force Index. Gunakan ia secara bijak dan ingatlah bahawa pengesahan daripada alat-alat lain sentiasa dialu-alukan.
Signal bullish yang dihasilkan oleh FI:
- Force Index sedang mencatat paras-paras tertinggi yang baru di dalam trend menaik (penerusan trend).
- Force Index jatuh di bawah sifar semasa trend sedang meningkat (beli sewaktu ia jatuh).
- Force Index meningkat lebih tinggi dari sifar ketika trend menurun (beli sewaktu pembetulan bergerak melawan trend utama).
- Force Index menyilang MA ke atas (jika anda gunakan MA bersama indikator ini).
- Capahan (harga mencapai aras rendah yang lebih rendah, tetapi FI mencapai aras rendah yang lebih tinggi).
Signal bearish yang dihasilkan oleh FI:
- Force Index sedang mencatat paras-paras terendah (new lows) yang baru di dalam trend menurun (penerusan trend).
- Force Index menjadi positif (naik lebih dari aras sifar) semasa trend sedang menurun (jual ketika pullback).
- Force Index jatuh lebih rendah dari sifar ketika sedang trend menaik (jual sewaktu pembetulan bergerak melawan trend utama).
- Force Index menyilang MA ke bawah (jika anda gunakan MA bersama indikator ini).
- Capahan, atau "Divergence" (harga mencatat tinggi yang lebih tinggi bila FI mencatat tinggi yang lebih rendah).
Capahan Force Index
Capahan (divergence) bullish dan bearish menunjukkan potensi perubahan dalam trend. Signal-signal klasik ini sering dikaitkan dengan osilator. Capahan bullish berlaku apabila indikator bergerak ke atas manakala sekuriti bergerak ke bawah. Ini menunjukkan bahawa kelemahan harga tidak disahkan oleh indikator, yang mungkin menandakan penyongsangan trend menaik yang akan datang. Sebaliknya, capahan bearish berlaku apabila indikator bergerak ke bawah manakala aset bergerak ke atas. Ini menunjukkan kelemahan asas, walaupun dengan harga yang lebih tinggi, yang boleh membayangkan penyongsangan trend bearish.
Pengesahan ialah aspek yang penting dalam mentafsir capahan bullish dan bearish. Walaupun capahan menunjukkan sesuatu yang luar dari kebiasaan, ia memerlukan pengesahan daripada indikator atau carta harga. Capahan bullish boleh disahkan oleh Force Index yang bergerak ke bahagian positif atau penembusan rintangan pada carta harga. Capahan bearish boleh disahkan oleh Force Index yang bergerak ke bahagian negatif atau penembusan sokongan pada carta harga. Untuk pengesahan, para pedagang juga boleh menggunakan alat analisis teknikal seperti candlestick, silang-silang purata bergerak, dan penembusan-penembusan pola.
Pada carta di bawah, indikator Force Index telah membentuk capahan bullish pada rangka masa harian. Setiap paras terendah indikator adalah lebih tinggi daripada yang sebelumnya, manakala setiap paras terendah kekal pada tahap yang sama. Pedagang perlu mendapatkan pengesahan yang kedua tentang kemungkinan penyongsangan trend untuk mencari poin entri yang terbaik. Dalam situasi ini, ia adalah penembusan harga di atas paras rintangan dan ujian semula penembusan ini. Oleh itu, seseoang pedagang boleh membuka dagangan beli selepas harga berjaya menguji semula paras yang ditonjolkan.
Force Index vs. Money Flow Index (FI vs. MFI)
Money Flow Index (MFI) dan Force Index menggunakan harga dan volum untuk mengukur kekuatan trend dan mengenalpasti kemungkinan penyongsangan harga. Walau bagaimanapun, pengiraan indikator kedua-duanya amat berbeza. MFI menggunakan formula yang lebih rumit yang menggabungkan harga tipikal (tertinggi + terendah + tutup / 3) dan bukannya hanya bergantung pada harga penutupan. Tambahan pula, MFI terhad kepada julat dari sifar hingga 100. Hasil daripada pengiraan dan hadnya yang berbeza, MFI boleh memberikan pemahaman unik yang berbeza berbanding Force Index.
Had-Had Force Index
Force indeks ialah indikator lamban (lagging indicator) yang menggunakan data harga dan volum terdahulu untuk mengira purata EMA. Walau bagaimanapun, oleh kerana data biasanya dipuratakan, ia mungkin lambat untuk menjana signal dagangan, dan mengakibatkan pedagang terlepas peluang. Menggunakan Force Index pada jangka masa yang pendek (contohnya, 10, 13, atau 20) boleh membawa kepada banyak signal palsu disebabkan turun naik harga atau volum yang kecil. Sebaliknya, Force Index jangka masa yang lebih panjang (contohnya, 50, 100, atau 150) kurang terdedah kepada swing, tetapi ia bertindak balas perlahan-lahan terhadap perubahan harga, yang membawa kepada signal perdagangan yang tiba lewat.
Ringkasan Indikator Force Index
Kesimpulannya, Force Index dianggap sebagai salah satu gabungan harga dan volum yang terbaik. Ambil perhatian bahawa FI menggunakan volum tick dalam perdagangan matawang, sepadan dengan bilangan transaksi, jadi mungkin berlaku herotan (distortion). Force Index menunjukkan hasil yang terbaik apabila ia digunakan pada pasaran yang meruap.
2024-05-30 • Dikemaskini
Artikel-artikel lain di bahagian ini
- Osilator McClellan
- Strategi Perdagangan Indikator Aroon
- Kekuatan matawang
- Rangka Masa Terbaik Untuk Perdagangan
- Carta Renko
- Jenis-jenis carta
- Bagaimanakah Cara Untuk Menggunakan Carta Heikin-Ashi?
- Dasar Pelonggaran Kuantitatif (QE)
- Titik Pivot
- Apakah itu indikator ZigZag?
- Purata Bergerak: cara mudah untuk mengesan trend
- Williams’ Percent Range (%R)
- Apakah itu Relative Vigor Index (Indikator RVI)?
- Momentum
- Apakah Itu Indikator Envelopes?
- Bulls Power dan Bears Power
- Average True Range
- Bagamana cara berdagang berdasarkan keputusan bank pusat?
- CCI (Commodity Channel Index)
- Sisihan Piawai
- Parabolic SAR
- Berdagang dengan Osilator Stokastik
- Relative Strength Index
- MACD (Moving Average Convergence/Divergence)
- Osilator
- Indikator ADX: Cara Menggunakannya Untuk Analisis Trend Forex Yang Berkesan
- Jalur Bollinger
- Indikator trend
- Pengenalan kepada indikator-indikator teknikal
- Sokongan dan rintangan
- Trend
- Analisis Teknikal
- Bank Pusat: polisi dan akibat
- Faktor Fundamental
- Analisis Fundamental di dalam perdagangan Forex dan saham
- Analisis fundamental vs teknikal