Senjata rahsia pedagang: pesanan tertangguh

Baca artikel ini di laman web FBS

Ada masa-masanya bila mana anda tidak mahu memasuki pasaran pada harga yang mereka tawarkan kepada anda. Sebabnya mungkin berbeza-beza. Contohnya, anda tahu anda boleh membeli suatu pasangan pada harga yang lebih rendah jadi anda hanya menunggu. Atau, anda tidak pasti tentang pergerakan harga seterusnya, tetapi tahu bahawa jika harga mencapai suatu paras tertentu arah seterusnya akan menjadi jelas. Jadi apa yang harus anda lakukan? Duduk di hadapan monitor dan menunggu sehingga menyentuh paras harga yang anda mahu? Pasti sekali tidak. Pesanan tertangguh (Inggeris: Pending Orders) dicipta khusus untuk anda!

Ada dua jenis pesanan tertangguh. Ia adalah pesanan had (Inggeris: limit orders) dan pesanan renti (Inggeris: stop orders). Oleh kerana para pedagang sering membuat keputusan untuk membelia atau menjual, maka logiklah jika ada dua jenis limit order: buy limit dan sell limit. Stop order juga boleh dibahagikan kepada buy stop dan juga sell stop.

pending order (4).png

Mari kita mulakan dengan limit order.

Bayangkan anda mempercayai walaupun harga sedang menurun sekarang, ia akan melantun pada aras tertentu dan naik semula. Justeru, anda harus pasang pesanan BUY LIMIT pada harga yang anda rasa akan menjadi titik di mana harga berpatah balik (di bawah harga semasa). Manfaat dari pesanan seperti ini adalah anda boleh membeli pada harga yang lebih rendah.

 1531393556-f05aeb4dae6bc1c4e33d455f4c58438c.jpg

Begitu juga sebaliknya jika anda lihat harga sedang mendaki tetapi anda ia akan herhadapan dengan rintangan yang kuat, melantun di situ lalu turun ke bawah. Dalam kes ini, anda harus pasang SELL LIMIT di atas harga semasa. Manfaat dari pesanan seperti ini adalah anda boleh menjual pada harga lebih tinggi.

 Sell-Limit.jpg

Perhatikan bagaimana anda boleh gunakan limit order bila anda jangkakan aras sokogan atau rintangan akan bertahan.

Bagaimana pula dengan pesanan tertangguh yang lain, iaitu stop order?

Stop Order (Melayu: pesanan renti) digunakan bila pedagang menjangkakan harga akan menembusi suatu aras rintangan atau sokongan.

Bayangkan harga meningkat naik dan anda pasti bahawa jika ia mencecah harga tertentu ia akan naik lebih jauh lagi. Di dalam kes ini, anda harus meletakkan pesanan BUY STOP pada aras di atas harga semasa.

 1531393617-30efe329495e345fe4b032c7c04f03cf.jpg

Sebaliknya, jika harga menurun dan anda berfikir selepas ia melewati aras tertentu ia akan terus turun lebih jauh ke bawah. Untuk ini, anda perlu pasang SELL STOP di bawah harga semasa.

 Sell-Stop.jpg

Anda mungkin tertanya-tanya: "Mengapa saya harus gunakan Stop Order jika harga tidak melantun dan hanya meneruskan pergerakannya dalam arah yang sama? Saya boleh beli pada harga yang lebih rendah dan jual pada harga yang lebih tinggi". Stop Order digunakan untuk benar-benar mengesahkan pergerakan harga seterusnya. Jika harga pasangan tersebut mencecah aras tertentu, anda yakin ia akan pergi lebih jauh, jika tidak ia akan melantun sebelum ia mencapai aras yang anda pilih.

Satu tip yang penting: ingat bahawa jika harga tidak mencapai aras yang anda tetapkan pada pesanan tertangguh anda, dagangan itu tidak akan dibuka. Ada ancaman besar terhadap keuntungan anda di sini. Anda mesti tutup pesanan ini jika ia tidak dilaksanakan. Jika tidak, anda mungkin akan terlupa tentangnya dan dagangan akan buka pada waktu yang anda tidak mahu. Salah satu penyelesaiannya adalah dengan meletakkan tarikh luput pada pesanan tertangguh anda.

Sebagai kesimpulan, bolehlah kita katakan bahawa pesanan tertangguh adalah satu cara yang baik untuk mengurangkan kerja anda dan mengurangkan masa berada di hadapan skrin. Tambahan lagi, pesanan tertangguh akan membantu anda berasa lebih pasti dengan pergerakan harga di masa depan dan membolehkan anda masuk pasaran pada harga yang lebih menarik. Ini adalah cara yang baik untuk menjadikan perdagangan anda lebih tepat dan menguntungkan!

 

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.