Cara Mengesahkan Nombor Telefon
Ikuti langkah-langkah di bawah jika anda ingin melampirkan nombor telefon anda ke profil Laman Peribadi anda. Sila maklum bahawa proses pengesahan nombor telefon adalah opsyenal.
- Log masuk ke Laman Peribadi anda dengan memasukkan emel dan kata laluan anda. Kemudian klik pada "Sahkan nombor telefon" di panel atas.
- Pilih kod negara anda, masukkan nombor telefon anda (anda tidak perlu memasukkan "0" di pangkal nombor telefon), dan tekan butang "Mohon kod".
- Sistem akan menghantarkan kod pengesahan unik ke nombor telefon yang dinyatakan dalam masa 5 minit. Selepas memasukkan kod tersebut, akaun anda disahkan.
- Jika anda tidak menerimanya, mohon kod dihantarkan menerusi kaedah kod suara. Untuk berbuat demikian, minta kod sekali lagi dan jika anda masih tidak menerima SMS, klik pada "Hantar kod suara." Kemudian, masukkan kod ke dalam slot kotak yang disediakan dan tekan "Sahkan nombor telefon". Sila maklum bahawa anda boleh meminta kod suara hanya jika profil anda sudah disahkan.