Pelaburan alternatif terbaik 2024

Baca artikel ini di laman web FBS

01.png

Penafian: Bahan ini bukanlah satu seruan untuk berdagang, nasihat atau cadangan perdagangan, dan ia tidak lebih daripada sekadar satu pemakluman sahaja.

Apakah itu pelaburan alternatif?

Pelaburan alternatif menjangkaui aset tradisional seperti saham dan bon. Aset-aset ini termasuk perkara seperti ekuiti persendirian, dana lindung nilai, hartanah dan matawang kripto. Tidak seperti pelaburan traidisional, aset-aset alternatif tidak semudah untuk ditukarkan kepada wang tunai dan kurang dikawal selia, lalu menjadikannya lebih sukar diramal untuk para pelabur.

Sebelum ini, hanya pelabur kaya dan badan institusi bermain bidang ini. Kini, pelabur individu juga ikut serta, mencari campuran pelaburan untuk mengurangkan risiko, terutamanya semasa perubahan ekonomi.

Dunia pelaburan alternatif semakin pesat berkembang. Sebagai contoh, pada tahun 2023, Blackstone menguruskan lebih $1 trilion aset alternatif. Ini menandakan minat yang semakin tinggi dalam pelaburan jangka panjang yang lebih berisiko ini.

Mengapa melabur dalam aset alternatif?

Melabur dalam aset alternatif semakin popular memandangkan pelabur berhasrat untuk mempelbagaikan portfolio mereka, mengejar potensi pulangan yang lebih tinggi dan melindungi daripada ketidaktentuan pasaran. Kelebihan utama terletak pada kepelbagaian kerana perikatan minimum aset-aset ini kepada saham dan bon tradisional, menyediakan perlindungan terhadap naik turun pasaran saham.

Kepelbagaian ini membantu mengurangkan risiko portfolio dan melindungi pelabur daripada kemerosotan pasaran. Satu lagi kelebihan ialah potensi pulangan yang lebih tinggi, kerana pelaburan dalam syarikat persendirian atau sektor khusus boleh membawa kepada keuntungan besar apabila keadaan menyebelahi mereka.

Tambahan pula, pelaburan alternatif bertindak sebagai penampan terhadap ketaktentuan pasaran dan inflasi disebabkan korelasi rendah kepada aset tradisional. Ini menjadikannya kebal terhadap ayunan pasaran jangka pendek, malah nilai aset tertentu seperti hartanah dan komoditi boleh bertambah dengan kenaikan harga, melawan inflasi.

Walau bagaimanapun, ia penting untuk mengetahui tentang risiko yang terlibat, termasuk kecairan yang lebih rendah, struktur yang lebih kompleks, yuran lebih tinggi dan kurang kawal selia berbanding pelaburan tradisional.

Jenis-jenis pelaburan alternatif yang berbeza

02.png

Pelaburan alternatif merangkumi pelbagai kelas aset dengan ciri-ciri yang tersendiri. Dalam tinjauan keseluruhan ini, kami akan meneliti tujuh jenis utama dan menerangkan ciri-ciri yang menjadikannya unik.

Ekuiti Persendirian ialah kategori yang meliputi pelaburan dalam syarikat yang tidak tersenarai dalam pasaran saham. Ini termasuk melabur dalam perniagaan baru (modal teroka), membantu perniagaan lain berkembang (pertumbuhan modal), dan membeli keseluruhan syarikat.

Hutang Persendirian adalah berbeza daripada hutang biasa dan didagangkan di pasaran saham. Ia melibatkan pelaburan dalam instrumen hutang untuk syarikat-syarikat bukan bank. Contohnya, syarikat tenaga boleh diperbaharui mungkin mengeluarkan bon persendirian untuk mengumpul wang untuk pertumbuhannya.

Dana Lindung Nilai ialah dana khas yang digunakan untuk pelbagai strategi dalam percubaan untuk menghasilkan pulangan tinggi. Dana ini biasanya hanya tersedia kepada golongan yang kaya dan pelabur institusi besar. Mereka menggunakan aneka taktik, seperti membeli dan menjual saham dengan cepat, bertaruh pada pergerakan pasaran atau menggunakan pendekatan berasaskan matemetik yang rumit.

Hartanah ialah jenis pelaburan yang biasa dan penting yang melibatkan pelaburan wang dalam hartanah seperti bangunan pejabat atau kompleks kediaman. Hartanah boleh menghasilkan pendapatan stabil daripada bayaran sewa dan potensi kenaikan nilai dengan masa yang berlalu.

Komoditi melibatkan jualbeli sumber asli seperti produk pertanian, minyak, gas asli dan logam. Dari segi sejarah, komoditi telah berfungsi sebagai lindung nilai inflasi dan dipengaruhi oleh dinamik penawaran dan permintaan.

Barang koleksi termasuk pelaburan dalam item-item unik seperti wain yang jarang ditemui, kereta vintaj, seni halus dan memorabilia sukan. Melabur dalam barangan koleksi memerlukan pengetahuan tentang bidang spesifik dan membawa risiko seperti kos tinggi untuk memperoleh item-item ini dan potensi kerugian jika ia tidak dipelihara dengan betul.

Produk Berstruktur ialah produk kewangan yang melibatkan pasaran dan derivatif pendapatan tetap. Contoh termasuklah kewajipan swap mungkir kredit (credit default swap) dan hutang bercagar.

Bagaimana Cara Mencari Pelaburan Alternatif Pada 2024?

03.png

Semasa mencari pelaburan alternatif yang terbaik, adalah penting untuk menggunakan campuran strategi dan mengambil beberapa langkah proaktif. Walaupun demikian, memahami pasaran persendirian mungkin sukar dilakukan. Untuk mengatasinya, kami mencadangkan agar anda melibatkan diri secara aktif dalam acara, forum dan perbincangan industri. Jika anda berminat dalam bidang tertentu seperti perdagangan seni, adalah penting untuk menjadi seorang berilmu mengenainya atau mendapatkan nasihat pakar. Pertimbangkan untuk menghadiri pesta, pameran dan lelongan seni untuk mendapatkan pengalaman langsung.

Dalam pelaburan alternatif yang lain seperti hartanah, ekuiti persendirian dan dana lindung nilai, analitis data memainkan peranan yang penting. Mengumpul dan menganalisis data, misalnya prestasi dan pusingan pendanaan syarikat baru mula (startup), adalah penting untuk syarikat modal teroka yang mencari syarikat-syarikat yang berpotensi tinggi.

Bagi mereka yang masih baru kepada pelaburan alternatif, mendapatkan nasihat daripada individu berpengalaman mungkin berguna. Berunding dengan penasihat atau firma kewangan yang mengkhusus dalam pasaran seperti ini untuk bimbingan yang berharga.

Kelebihan aset pelaburan alternatif

Pelanburan alternatif semakin popular pada 2024 kerana faedah kepelbagaiannya. Berbeza seperti saham dan bon, aset alternatif bertindak secara berbeza dan boleh menawarkan pulangan yang lebih tinggi. Ekuiti persendirian membolehkan pelabur meraih manfaat daripada pertumbuhan syarikat persendirian, manakala hartanah boleh menjana pendapatan sewa serta kenaikan modal.

Tambahan pula, pelaburan alternatif boleh menyediakan faedah cukai untuk akumulasi kekayaan jangka panjang. Ia juga menawarkan peluang unik seperti seni, barang koleksi atau matawang kripto, menyediakan kepuasan peribadi dan potensi kewangan. Hartanah dan komoditi dalam pelaburan ini boleh bertindak sebagai lindung nilai terhadap inflasi, mengekalkan nilainya sementara kos sara hidup meningkat.

Satu lagi aspek yang menarik adalah pelaburan berimpak. Pendekatan ini membolehkan pelabur menyelaraskan portfolio mereka dengan nilai etika mereka dengan menekankan kesan sosial dan alam sekitar yang positif di samping pulangan kewangan. Selain itu, pelabur memperoleh pulangan yang stabil daripada pelaburan infrastruktur penting seperti jalan raya dan lapangan terbang.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa manfaat ini datang dengan risiko. Pelaburan alternatif seringkali melibatkan yuran yang lebih tinggi, risiko lebih tinggi dan kurang kecairan berbanding aset tradisional.

Kelemahan aset pelaburan alternatif

Semasa meneliti pelaburan yang berbeza pada tahun 2024, adalah penting untuk ketahui kelemahannya. Pelaburan ini mungkin sukar untuk dijual dengan cepat, dan mungkin dikenakan yuran lebih tinggi berbanding aset biasa. Sesetengah aset seperti barang koleksi, mungkin memerlukan keadaan penyimpanan khas yang melibatkan kos tambahan. Ia mungkin juga rumit, membawa kepada keperluan cukai dan pelaporan yang mengelirukan.

Pelaburan alternatif juga mungkin menghadapi masalah dengan peraturan dan ketelusan. Terdapat kurang pengawasan; oleh itu, jenis aset ini mungkin lebih terdedah kepada aktiviti penipuan. Oleh itu, adalah penting untuk mempelbagaikan, melakukan penyelidikan menyeluruh dan mendapatkan nasihat daripada pakar kewangan.

Cara melabur dalam aset-aset alternatif

Pelaburan dalam aset alternatif memerlukan pertimbangan dan perancangan strategik yang teliti. Berikut adalah 7 langkah yang dapat melancarkan proses ini.

  1. Tentukan Pbjektif Pelaburan dan Toleransi Risiko:

    Melabur dalam aset alternatif bermula dengan memahami objektif pelaburan dan toleransi risiko anda dengan jelas. Langkah asas ini adalah penting untuk menyelarikan pilihan pelaburan dengan matlamat kewangan.

  2. Jalankan Penyelidikan Mendalam dan Usaha Wajar:

    Selepas menjelaskan matlamat dan toleransi risiko, langkah seterusnya melibatkan penyelidikan yang komprehensif. Kumpul maklumat mengenai alternatif pelaburan yang berbeza dan risiko khusus yang dikaitkan dengan setiap jenis aset itu.

  3. Dapatkan Nasihat Pakar:

    Oleh kerana kerumitan aset-aset alternatif, nasihat pakar adalah penting. Penasihat kewangan atau pakar pelaburan boleh menawarkan pemahaman berharga tentang trend pasaran, penilaian aset dan strategi portfolio yang efektif.

  4. Memahami Keperluan Akreditasi:

    Akreditasi mungkin perlu untuk pelaburan alternatif tertentu, terutamanya dana lindung nilai atau pelaburan ekuiti persendirian. Memahami keperluan undang-undang adalah bahagian penting daripada proses ini.

  5. Buat Pelaburan:

    Langkah penting yang seterusnya ialah untuk membuat pelaburan, yang mungkin termasuk pelaburan langsung dalam aset fizikal, membeli saham dalam dana atau menggunakan platform pelaburan dalam talian.

  6. Laksanakan Pengurusan dan Semakan Berterusan:

    Pengurusan berterusan dan semakan berkala tentang pelaburan adalah sama penting. Pelaburan alternatif secara amnya memerlukan agar pelabur kekal termaklum tentang trend pasaran dan melaraskan strategi mengikut keadaan.

  7. Bangunkan Strategi Keluar:

    Akhir sekali, mempunyai strategi keluar adalah kritikal, terutamanya memandangkan kecairan pelaburan alternatif yang sering kali lebih rendah. Merancang bila dan bagaimana untuk keluar daripada posisi aset, mempertimbangkan keadaan pasaran akaun dan masa pelaburan.

Apakah aset-aset alternatif yang terbaik untuk pelaburan?

Pelaburan alternatif menawarkan beberapa pilihan yang menarik untuk para pelabur. Berdasarkan trend dan analisis terkini, berikut adalah pelaburan alternatif yang terbaik untuk dipertimbangkan.

1. Matawang Kripto seperti Bitcoin dan Ethereum terus menarik perhatian disebabkan potensi pulangan tingginya, walaupuna ia dikenali untuk kemeruapan yang lebih tinggi. Teknologi blockchain asasnya menyediakan transaksi yang selamat dan telus, menjadikannya pilihan pelaburan yang unik.

Sebagai contoh pelaburan alternatif yang paling terkenal, adalah wajar untuk merungkai Bitcoin dengan lebih teliti.

04.png

Ramalan 2024 untuk Bitcoin adalah positif, dengan acara penseparuhan dan potensi kelulusan US Bitcoin ETF dijangka melonjakkan harganya kepada kira-kira $160,000.

Matawang kripto yang kedua paling popular ialah Ethereum.

05.png

Kemas kini teknologi yang dijangkakan, seperti kemas kini Duncun, boleh meningkatkan kebolehskalaan dan mengurangkan yuran transaksi, berpotensi melonjakkan aktiviti ekonomi. Penganalisis meramal harga Ethereum untuk mencapai sekitar $5,000 dan $15,000, dipacu oleh faktor-faktor seperti mekanisme pembakaran ETH dan potensi kelulusan spot Ethereum ETF.

2. Farmland ialah pelaburan alternatif yang semakin berkembang, menyediakan pertumbuhan yang stabil dan berfungsi sebagai lindung nilai terhadap inflasi. Platform-platform dalam talian menjadikannya lebih mudah untuk para pelabur mengakses farmland tanpa pihak pengurusan langsung.

3. Melabur dalam barang koleksi, seperti setem dan duit syiling jarang ditemui, menawarkan kepuasan peribadi dan peluang kewangan. Nilainya ditentukan oleh tahap kejarangan, kepentingan bersejarah dan permintaan pengumpul.

4. Komoditi seperti juga logam berharga dan sumber tenaga mempelbagaikan portfolio dan melindung nilai terhadap inflasi. Harga minyak mentah Brent dipengaruhi oleh keadaan ekonomi global, ketegangan geopolitik dan strategi pengeluaran OPEC+. Penganalisis meramalkan harga turun naik antara $70 dan $93 setong.

06.png

5. Lien cukai melibatkan pembelian lien pada hartanah untuk cukai yang tidak dibayar, berpotensi menawarkan hasil yang tinggi dan peluang untuk membeli hartanah. Namun demikian, ia memerlukan penyelidikan yang teliti dan pemahaman tentang undang-undang tempatan.

Setiap satu daripada pelaburan alternatif ini mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Walaupun ia menawarkan pulangan tinggi dan mempelbagaikan portfolio, ia seringkali melibatkan yuran yang lebih tinggi dan kekurangan kecairan berbanding saham dan bon tradisional.

Soalan Lazim

Apakah masa depan bagi pelaburan alternatif?

Masa depan melihat peralihan ke arah kepelbagaian, menekankan aset tidak tersenarai seperti ekuiti persendirian, dana hartanah, modal teroka dan infrastruktur. Ini adalah tindak balas terhadap pasaran IPO yang semakin mengecut, dengan tumpuan yang ketara pada aset alternatif yang stabil seperti hutang hartanah komersial. Walaupun cabaran yang terlibat, hartanah kediaman kekal sebagai pelaburan jangka panjang pilihan ramai.

Apakah pelaburan alternatif yang paling popular?

Seni adalah pelaburan alternatif yang terbesar, dinilaikan pada $579.52 bilion, dipacu oleh ketersediaan yang terhad dan permintaan yang meningkat. Platform-platform yang menawarkan pemilikan pecahan menjadikannya lebih mudah diakses. Hartanah juga kekal popular, mewakili bahagian besar daripada aset jutawan biasa.

Apakah pelaburan yang paling selamat dan menguntungkan?

Dalam iklim ekonomi semasa, gabungan seimbang pelaburan risiko rendah dan tinggi adalah disyorkan. Pilihan yang selamat termasuk akaun simpanan hasil tinggi dan bon Perbendaharaan untuk keselamatan dengan pulangan yang sederhana. Pelabur yang berorientasikan pertumbuhan boleh mempertimbangkan saham popular dengan bayaran dividen, mengimbangi risiko dan pulangan untuk peluang pertumbuhan jangka panjang.

Kesimpulan

Dalam kewangan, pelaburan alternatif seperti matawang digital dan ekuiti persendirian mewakili satu peralihan dalam cara orang ramai melabur, menawarkan peluang baharu. Apabila pilihan ini semakin popular, ia mencabar idea tradisional dan menghendaki pelabur memahami dan mengurus risiko. Kini adalah penting untuk kekal fleksibel dan membuat keputusan termaklum semasa berurusan dengan cabaran peluang kewangan hari ini.

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.