Ketahui strategi perdagangan Forex yang mana paling serasi dengan personaliti anda
Ramai pelabur baru tiba ke dunia Forex dengan harapan boleh kaya dengan cepat. Malangnya, majoriti dari individu-individu ini gagal untuk membuat keuntungan yang signifikan. Ini justeru untuk berjaya dalam pasaran Forex, anda perlu mempunyai strategi berdagang yang jelas yang paling serasi dengan personaliti dan matlamat perdagangan anda.
Para pedagang Forex mengaplikasikan sejumlah besar strategi dan teknik untuk menentukan titik masuk dan keluar yang terbaik – dan juga masa yang sesuai – untuk membeli dan menjual matawang. Penganalisa pasaran dan para pedagang terus menerus menginovasi dan memperbaiki strategi untuk mencipta kaedah-kaedah analitik untuk memahami pergerakan pasaran matawang. Berikut adalah tiga jenis utama pedagang dan strategi berdasarkan contoh-contoh kejayaan yang paling mengesankan.
Pedagangan trend (atau mengikut trend) adalah cara yang ampuh untuk membuat keuntungan dari pergerakan besar di dalam pasaran tanpa perlu menghabiskan banyak masa di hadapan komputer. Para pedagang trend mengenal pasti trend dan mencari titik masuk yang rendah risikonya, dan mulai dari situ, mereka memegang posisi tersebut sehinggalah trend menyongsang. Gaya ini berkesan untuk hampir semua kelas ast dan mampu memberikan keuntungan tinggi jika disertakan kepelbagaian yang cukup, kawalan risiko yang ketat dan berdisiplin untuk teguh berpegang kepada sistem tersebut.
Dagangan-dagangan besar di pasaran matawang biasanya tidak dketahui kerana pasaran adalah terlalu besar untuk kita dapat cam para pedagang secara individu. Juga, adalah sangat tidak mungkin seorang pedagang boleh mempengaruhi semua ekonomi. Bagaimana pun, George Soros adalah terkecuali. Beliau dijuluk sebagai pedagang paling berjaya di dalam sejarah dan "Orang Yang Mempokaikan Bank Inggeris". Beliau telah mendapat $1 bilion memperdagangkan pasangan matawang GBPDEM.
Strategi utama beliau adalah untuk mengesan kelemahan ekonomi sesebuah negara di masa hadapan, dan kemudian melakukan short kepada matawang negara itu sebaik sebelum kegawatan melanda. Potensi terbesar untuk turun naik matawang – dan seterusnya, keuntungan – adalah bila sesuatu matawang itu mempunyai kadar tetap yang ditambat kepada suatu matawang lain.
Hampir semua jenis aktiviti perdagangan berkisar sekitar analisis teknikal kerana kepelbagaiannya dan pendekatan-pendekatan berbeza yang wujud untuk menganalisa permintaan dan penawaran di dalam pasaran saham. Asalkan anda tahu bagaimana hendak menggunakannya, anda boleh menjadi pedagang harian (day trader), pedagang swing, atau pedagang posisi. Ilmu pengetahuan yang menjadi asasnya adalah sama. Bagaimana pun, ia mungkin tidak relevan sepenuhnya bagi gaya berdagang berikut dan konsep menganalisa peluang-peluang adalah berbeza sepenuhnya. Hampir semua pedagang termasuk dari institusi, bank, dsb. menggunakan analisis teknikal untuk membaca pasaran dan juga untuk meramal prospek masa depan pasaran saham.
Larry R. Williams adalah pedagang saham dan komoditi terkenal, yang lahir pada tahun 1942 di AS. Dalam dunia perdagangan Forex, nama beliau menjadi sebutan bagi bilangan besar indikator pasaran yagn beliau telah cipta, termasuk Ultimate Oscillator, indikator Williams %R, sentimen pasaran, indeks COT, ramalan kitaran, dan lain-lain lagi.
Pada tahun 1987, Larry R. Williams telah memenangi Kejohanan Piala Dunia Perdagangan Niaga Hadapan, dengan menghasilkan $1,100,000 dari pelaburan permulaan cuma $10,000. Kejayaan menakjubkan ini dicapai dalam tempoh 12 bulan dan berdasarkan kepada kaedah perdangan niaga hadapan beliau yang menggemparkan. Beliau kemudiannya menerbitkan sebuah buku tentang pengalaman ini yang diberi judul "Bagaimana Saya Menghasilkan Satu Juta Dolar Tahun Lalu Dengan Berdagang Komoditi.
Pedagang Harian membeli dan menjual saham sepanjang hari dengan harapan harga saham akan turun naik nilainya bagi hari tersebut, membolehkan mereka membuat keuntungan cepat. Seorang pedagang harian akan memegang suatu saham dari beberapa saat sehingga beberapa jam, tetapi selalunya akan melepaskan pegangan sebelum hari berakhir. Pedagang harian tidak mengekalkan pegangan pada penutup sesuatu hari jadi ia kebal dari risiko semalaman. Objektif perdagangan harian adalah untuk masuk dan keluar dari sesuatu posisi dengan pantas untuk mencari keuntungan secara intra-hari.
Mungkin contoh terbaik seorang pedagang harian adalah jutawan berpengkalan di AS, Timothy Sykes. Beliau salah seorang tokoh pelopor dunia perdagangan saham murah. Bukan sahaja beliau telah membuat banyak wang dengan berdagang saham di bawah $5 seunit, tetapi beliau juga mengabdikan diri untuk mengajar orang lain cara untuk mencari kejayaan dan keuntungan, termasuk di Wall Street.
Walaupun $12,000 kelihatan banyak untuk majoriti remaja yang masih bersekolah, namun Timothy Sykes melihatnya sebagai peluang untuk membuat keuntungan di masa depan. Beliau mula berdagang saham murah ketika masih di sekolah menengah, menggunakan wang Bar Mitzvah. Menariknya, beliau berakhir dengan $1.6 juta pada usia 21 tahun. Ini adalah permulaan bagi karier lumayan beliau, dan tidak syak lagi salah satu dari pencapaian paling mengkagumkan di dalam hidupnya.
Harapnya anda terinspirasi dari contoh-contoh kejayaan besar dan mengambil ujian pendek untuk menentukan strategi perdagangan yang manakah yang akan membawa anda mencapai matlamat perdagangan anda serta memberikan keuntungan yang signifikan.
Baca lebih lanjut
- Panduan Pemula untuk Pola Perdagangan Intrahari Terbaik
- Saham Perdagangan Swing Terbaik pada tahun 2022
- Perisian Perdagangan Terbaik untuk Pedagang Tahap Pemula hingga Lanjutan
- Cara-cara terbaik memahami sesuatu dalam Forex
- Infografik: Pemilihan Masa Dan Instrumen Perdagangan Terbaik Berdasarkan Statistik Pelanggan Sebenar