Apa itu bursa saham?

Baca artikel ini di laman web FBS

cover_ms.png

Merungkai rahsia bursa saham adalah kunci kepada kejayaan perdagangan anda! Kuasa besar kewangan ini bukan sahaja tentang angka dan dagangan, ia juga merupakan enjin yang menggerakkan pasaran global. Berikut adalah dapatan utama yang menyerlahkan topik-topik utama yang akan diliputi:

  • Definisi dan tujuan: Mempelajari tentang bursa saham mendedahkan bagaimana aset kewangan didagangkan dan fungsi asas pasaran.
  • Kitar hayat syarikat dan tawaran awam awal (IPO): Kami akan menunjukkan kepentingan tawaran awam untuk mendapatkan modal dan bagaimana tingkah laku pelabur mempengaruhi harga saham.
  • Kawal selia dan syarat-syarat: Memahami syarat-syarat bursa saham adalah penting untuk syarikat yang berhasrat untuk disenaraikan secara awam dan juga pelabur yang ingin berdagang sekuriti.
  • Pemain-pemain utama: Setiap peserta bursa saham memenuhi peranan unik yang mempunyai kesan terhadap perdagangan global.
  • Jenis bursa saham: Anda akan mengenali beberapa jenis bursa saham dan bagaimana ia secara langsung membentuk sifat transaksi yang dibuat.

Apa itu bursa saham?

Ternyata saham adalah salah satu instrumen perdagangan yang paling penting antara pelabur runcit dan institusi, memahami apa itu bursa saham boleh membawa pengalaman perdagangan anda ke tahap baharu sepenuhnya.

Bursa saham adalah pasaran di mana pedagang boleh membeli dan menjual saham, bon, komoditi dan aset-aset lain. Tidak seperti pasaran over-the-counter (OTC), bursa saham bertindak sebagai perantara antara pelabur dan syarikat dengan saham yang didagangkan di bursa.

Sebelum ini, semua bursa saham mempunyai okasi fizikal, tetapi kini, kebanyakan bursa moden beroperasi dalam talian sebagai platform perdagangan elektronik. Antara bursa yang paling terkenal ialah NASDAQ, New York Stock Exchange (NYSE), London Stock Exchange (LSE), Tokyo Stock Exchange (JPX), dan beberapa bursa lain. Walaupun masih terdapat bursa dengan lantai perdagangan fizikal, trend global sangat menyebelahi perdagangan elektronik dan platform digital.

Bagaimana bursa saham berfungsi

Bursa saham membolehkan pedagang dan pelabur membeli dan menjual sekuriti syarikat yang terkenal.

Walau bagaimanapun, sebelum mereka boleh melakukan ini, saham yang mereka hendak beli mesti diperkenalkan kepada orang awam terlebih dahulu. Untuk melakukan ini, syarikat mengadakan tawaran awam awal (IPO). Pada masa ini syarikat menerbitkan saham untuk dibeli oleh orang ramai buat kali pertama. IPO adalah sesuatu yang mentransformasikan sebuah syarikat daripada pemilikan swasta kepada syarikat yang didagangkan secara awam. IPO membolehkan syarikat menjana modal untuk melangsaikan hutang, membiayai pembangunan baru, meningkatkan pengiktirafan jenama dan banyak lagi.

Selepas IPO, pemegang saham baru boleh menjual saham mereka kepada orang ramai melalui pasaran sekunder, termasuk bursa saham. Di situlah perdagangan yang sebenar berlaku. Harga saham berubah bergantung pada tahap penawaran dan permintaan, jadi nilai saham akan menaik jika orang ramai berminat untuk memiliki saham sesebuah syarikat.

Bursa saham juga bekerja rapat dengan pihak berkuasa yang mengawal selia perdagangan sekuriti. Oleh kerana ini, bursa saham mengenakan pembatasan pada siapa yang boleh berdagang di sana dan syarikat yang boleh disenaraikan di platform mereka, menyediakan persekitaran yang adil, selamat dan telus untuk bakal pelabur mereka.

Syarat-syarat bursa saham

Tidak mengejutkan, bursa saham dikawal selia dengan ketat dan mengenakan standard yang tinggi untuk semua pesertanya.

Untuk disenaraikan di bursa saham, syarikat mesti memenuhi beberapa syarat tertentu. Syarat-syarat ini membolehkan bursa saham menyingkirkan calon yang lemah dari segi kewangan dan mengesahkan amalan ketelusan, keselamatan dan reputasi mereka.

Hasilnya, syarikat yang disenaraikan di bursa saham menikmati:

  • pengiktirafan jenama yang dipertingkat;
  • kecairan yng lebih tinggi;
  • permodalan yang dipertingkat;
  • reputasi yang lebih kukuh;
  • pengiktirafan antarabangsa.

Jika saham sebuah syarikat didagangkan di bursa saham, ia secara automatik dikenali sebagai perniagaan yang berjaya, seterusnya menarik perhatian pelabur yang berpengaruh. Ini sebab mengapa banyak syarikat bermatlamat untuk menyenaraikan sekuriti mereka di bursa.

Pada masa yang sama, bursa saham juga mempunyai beberapa syarat untuk pembeli dan penjual berpotensi. Pedagang runcit tidak boleh mengakses bursa saham secara langsung. Mereka hanya boleh berbuat demikian melalui pihak ketiga seperti broker perdagangan atau peraih (dealer). Untuk mengakses bursa saham, broker mesti memiliki lesen yang sah, modal yang mencukupi dan alatan untuk memastikan keselamatan dana pelanggan mereka.

Syarat-syarat bursa saham yang ketat menawarkan beberapa kelebihan. Apabila pelabur meyakini sesebuah syarikat, harga sahamnya cenderung menaik, seterusnya membolehkan syarikat meraih dana yang lebih banyak untuk pertumbuhan dan perkembangannya. Contoh kes yang menggambarkan fenomena ini dengan baik ialah trajektori pertumbuhan Tesla yang luar biasa, seperti yang dilihat dalam carta di bawah.

IMG1_ms.png

Pemain-pemain utama di bursa saham

Bursa saham tipikal termasuk peserta-peserta berikut:

  • Broker. Broker bursa saham adalah perantara yang membantu pedagang dan pelabur membeli atau menjual sekuriti melalui sebuah bursa. Broker menerima pesanan beli dan jual daripada pelanggan mereka dan melaksanakannya tanpa mengganggu cara pasaran berfungsi. Untuk perkhidmatan mereka, broker dibayar komisen daripada urusniaga kewangan yang mereka laksanakan.
  • Peraih. Tidak seperti broker, peraih (dealer) berdagang saham untuk memperoleh wang untuk diri sendiri dan bukan untuk pelanggan spesifik. Peraih bertujuan untuk berdagang dengan penjual dan pembeli secara serentak, menyiarkan harga bid dan ask mereka secara terbuka. Perbezaan antara — spread — ialah cara peraih menghasilkan wang di bursa saham.
  • Penggerak pasaran. Walaupun penggerak pasaran tidak semestinya ahli bursa saham yang berasingan, mereka memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecairan pasaran saham. Penggerak pasaran adalah peraih yang membeli dan menjual volum besar saham untuk mencipta lebih banyak peluang untuk dagangan berlaku, memudahkan perdagangan yang lancar.

Jenis bursa saham

Terdapat pelbagai cara untuk mengaturkan bursa-bursa saham. Mari kita ketahui bursa yang paling lazim dilihat dalam pasaran saham.

IMG2_ms.png

Bursa lelongan

Bursa lelongan ialah pasaran di mana transaksi adalah berdasarkan harga tertinggi yang pembeli bersedia untuk membayar bagi sesuatu saham dan harga terendah yang penjual bersedia untuk menerima bagi saham sama itu. Jika harga bid pembeli dan harga ask penjual berpadanan, maka pesanan mereka akan digandingkan dan dilaksanakan. Dengan mengelakkan perundingan antara pihak-pihak, bursa lelongan meringkaskan proses perdagangan, menjadikannya lebih cepat dan cekap yang mungkin.

Satu perkara yang harus dinyatakan adalah bursa saham ada kalanya dihoskan di lokasi fizikal. Contohnya, New York Stock Exchange ialah pasaran lelongan di Wall Street yang masih menggunakan sistem outcry untuk lelongan pembukaan dan penutupan. Di bawah sistem ini, pedagang dan pelabur menjerit, menggunakan isyarat tangan dan isyarat bukan lisan yang lain untuk menyampaikan hasrat mereka untuk beli dan jual sesuatu sekuriti. Namun kaedah ini pantas diambil alih oleh perdagangan elektronik dan mungkin hilang sepenuhnya daripada semua bursa.

Bursa elektronik

Bursa elektronik tidak memerlukan kontak fizikal antara pembeli dan penjual. Sebaliknya, sistem ini secara automatik menghubungkan pembeli dan penjual melalui pasaran dalam talian, seringkali menghasilkan transaksi yang hampir segera. Bursa elektronik juga membantu pelabur menjimatkan wang disebabkan kos transaksi yang rendah, ini satu lagi sebab jenis bursa saham ini hampir menggantikan perdagangan tradisional.

Rangkaian komunikasi elektronik (ECN)

ECN ialah jenis bursa saham yang berbeza. Tidak seperti jenis bursa yang lain, ECN menghubungkan pembeli dan penjual secara langsung dan tidak memerlukan kehadiran penggerak pasaran. ECN tergolong dalam sistem perdagangan alternatif dan bersaing dengan bursa saham tradisional, yang membantu mengelakkan kos transaksi yang tinggi.

Walaupun sesetengah ECN membenarkan pedagang runcit dan pelabur untuk berdagang, jenis bursa ini terutamanya digunakan oleh pelabur institusi yang mampu menggerakkan jumlah wang yang banyak.

Bursa saham: ringkasan

Bursa saham memainkan peranan yang penting dalam ekonomi dan menstimulasi proses pelaburan. Ia memastikan ketelusan dan keselamatan perdagangan, memudahkan pembangunan ekonomi, menarik pelabur dan mengekalkan kestabilan pasaran saham. Zaman ini, pedagang dan pelabur boleh mengakses bursa saham melalui broker yang berlesen terus dari keselesaan rumah mereka, yang menjadikan pasaran saham salah satu pasaran kewangan yang paling cair di dunia.

Kami harap anda mendapati artikel ini berguna. Dan ingat, di FBS anda boleh mengakses bursa-bursa utama di dunia dan berdagang saham tanpa komisen!

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.