Kami berharap anda dapat mempertimbangkan bahawa permohonan pengeluaran Pelanggan biasanya diproses oleh Jabatan Kewangan di Syarikat ini di mana permohonan yang diterima lebih awal akan diproses terlebih dahulu (first come, first served).
Sebaik sahaja permohonan pengeluaran anda diluluskan oleh Jabatan Kewangan, dana terus dihantar dari sebelah pihak kami, namun ia seterusnya bergantung kepada sistem pembayaran untuk pemprosesan selanjutnya.
- Pengeluaran menerusi sistem pembayaran elektronik (seperti Skrill, Perfect Money, dsb.) seharusnya dikreditkan hampir serta-merta, namun ada masa-masanya ia boleh mengambil masa sehingga 30 minit.
- Seandainya anda membuat pengeluaran ke kad anda, sila maklum bahawa secara purata ia akan mengambil masa 3-4 hari berkerja untuk dana tersebut dikreditkan.
- Sementara untuk pindahan bank antarabangsa (pindahan telegrafik, wire transfer) pengeluaran diproses di antara 7 hingga 10 hari berkerja.
- Pengeluaran ke dompet bitcoin boleh berlangsung dari beberapa minit hingga beberapa hari kerana semua transaksi bitcoin di seluruh dunia diproses sama sekali. Semakin banyak orang meminta pemindahan pada masa yang sama, semakin banyak pemindahan memerlukan masa.
Sila maklum bahawa pemprosesan semua pembayaran yang bukan automatik tertakluk kepada waktu berkerja Jabatan Kewangan.
Jabatan Kewangan FBS beroperasi 24/7.
Sila maklum bahawa anda boleh memantau status bagi permohonan-permohonan kewangan anda di laman Sejarah Transaksi.