Adakah Syarat-syarat untuk Trend Menaik Emas Dipenuhi?

Baca artikel ini di laman web FBS

Sebelum kami menjawab persoalan utama, perlu diingat bahawa situasi tersebut adalah tidak ideal untuk emas ketika tahun 2021. Ya, ketidaktentuan berlaku oleh disebabkan gelombang pandemik. Dan juga, inflasi mula meningkat, walaupun berulang kali bank pusat berusaha untuk menurunkannya. Namun, pemenangnya adalah dolar AS, bukan emas. Greenback telah melantun semula selepas indeks Dolar AS merekodkan paras terendah pada bulan Disember. Pulangan sebenar terperangkap dalam julat 0.50% sepanjang tahun selepas mengalami penurunan berulang selama dua tahun.

Selain daripada tekanan inflasi, semua faktor lain bertindak sebagai penghalang kepada emas selepas mencapai paras $2000 pada bulan Ogos 2020. Tetapi inflasi bersama dengan kelembapan ekonomi global adalah faktor yang menjadikan emas bersinar dengan lebih cerah.

Bagaimanakah reaksi emas terhadap perang Russia-Ukraine?

Harga emas melonjak dalam beberapa minggu ini, oleh disebabkan para pelabur beralih kepada aset perlindungan oleh disebabkan ketegangan yang semakin meningkat di antara Russia dan Ukraine. Tambahan lagi, emas memberikan ruang untuk bersembunyi daripada inflasi yang diluar kawalan, dan tiada petanda menunjukkan yang ia akan menurun dalam masa terdekat ini.

Data terkini CPI juga telah mengesahkan bahawa inflasi AS masih berpotensi untuk meningkat walaupun ia telah meningkat kepada 7.9% setahun. Ketegangan geopolitik dan angka inflasi yang tinggi telah membuatkan sesetengah pedagang menjangkakan harga emas akan meningkat menjelang beberapa minggu akan datang. Justeru, tahun 2022 telah menceriakan emas hadiah apabila ia meningkat melebihi paras $2000 buat kali pertama sejak bulan Disember 2020.

Apakah faktor utama yang menyokong harga emas?

Walaupun emas dilihat sebagai pelindung daripada inflasi, harganya masih berpotensi untuk terus meningkat. Ketidaktentuan semasa telah membuatkan para pelabur membeli emas. Apakah faktor-faktor yang membuatkan harga emas meningkat?

  1. Kebarangkalian gangguan rantaian bekalan bahan mentah global kerana Rusia merupakan salah satu pengeluar terbesar bahan-bahan ini, dan juga Ukraine.
  2. Data inflasi terkini menunjukkan bahawa tekanan harga tidak akan menurun dalam masa terdekat.
  3. Ekonomi global yang sedang rapuh sedang mengalami krisis terbaru, dan sukar untuk dibayangkan di mana senario ketegangan berterusan kepada Rusia tidak akan memberikan impak kepada ekonomi.
  4. Dijangkakan emas akan mengatasi prestasinya walaupun selepas perang berakhir kerana kesan selepas perang.
  5. Kemerosotan pada bekalan minyak dan gas global oleh disebabkan sekatan yang dikenakan terhadap Rusia, telah membuatkan harga minyak meningkat.
  6. Fed akan menaikkan kadar faedah, bukan satu gurauan. Tetapi apa jua petunjuk bahawa Fed akan menaikkan kadarnya sebanyak empat atau enam kali pada tahun ini pasaran sudah bersedia, dan ia merupakan berita yang positif untuk emas.
  7. Dunia akan mengalami kemelesetan oleh disebabkan inflasi terus meningkat, harga untuk komoditi dan bahan mentah semakin meningkat, dan ekonomi yang perlahan. Emas akan menjadi aset yang akan diberi keutamaan.

Kemanakah hala tuju harga emas?

Kenaikan berterusan emas baru-baru ini hanyalah permulaan satu pergerakan besar untuk jangka masa panjang, walupun sentimen dikalangan Wall Street dan para pedagang akan melemahkannya untuk jangka masa pendek. Selepas logam berharga tersebut melonjak melebihi paras $2000, ini adalah petanda bahawa ia perlu berehat seketika.  Tidak dinafikan bahawa emas berada dalam trend menaik, tetapi sedikit pengukuhan juga diperlukan. Semua perkara yang berlaku di sekeliling emas akan menyokongnya untuk kenaikan jangka masa panjang.

Kesimpulannya, perang di antara Russia dan Ukraine telah menyebabkan pergerakan terbesar pada komoditi. Semenjak pencerobohan pada 24 Februari, harga minyak, emas, uranium dan juga komoditi lembut seperti gandum telah melonjak. Walaupun penyelesaian diplomatik berkaitan konflik ini boleh terjadi, peperangan tersebut akan memberikan kesan ketara kepada pasaran untuk tahun-tahun mendatang.

Amira Mohey

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.