AUDCAD: Mencari harga terendah 19 Disember - 03-01-2020

Baca artikel ini di laman web FBS

AUDCADH4.png

Berdasarkan pemerhatian pada hari ini, harga semasa di pasangan matawang AUD/CAD masih lagi meneruskan penurunan semenjak 31 Disember yang lalu, selepas harga semasa gagal untuk membuat pelanggaran terhadap rintangan utama mingguan yang berada di paras 0.91435. Semenjak daripada itu, harga semasa sudah pun membuat penurunan hampir 100Pips. Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi bahawa trend semasa untuk minggu ini masih lagi dalam kedaan Bearish yang jelas. Harga semasa juga telah pun berjaya membuat pelanggaran terhadap ketiga-tiga ema yang menjadi sokongan utama sebelum ini. Jadi untuk hari ini, saya menjangkakan bahawa harga semasa akan terus membuat penurunan ke arah sokongan utama bulanan yang terletak di paras 0.89852. Menyentuh paras sokongan ini dan gagal untuk membuat pelanggaran terhadapnya akan memberi tenaga semula kepada harga semasa untuk membuat kenaikan dan menguji kembali paras rintangan terdekat iaitu di paras 0.90582.

Signal untuk hari ini

Sell 0.90399

Sl: 0.90582

Tp: 0.89852

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.