AUDCAD: Pergerakan sideway diatas EMA100 - 15-01-2020
Berdasarkan pemerhatian pada hari ini, pasangan matawang AUD/CAD pada hari ini di lihat bergerak agak perlahan dan pasif pada hari ini. Jika anda lihat pada carta yang dipaparkan di atas, anda dapat lihat bahawa sekarang ini harga semasa sedang bergerak di atas paras EMA100 yang sekarang ini mewakili paras sokongan kukuh 0.90016. Pergerakan mendatar ( SIDEWAY ) ini di lihat berlaku semenjak awal minggu ini lagi. Oleh itu, saya akan memerhatikan terlebih dahulu pasangan matawang ini sebelum membuat sebarang tindakan. Jika harga semasa membuat pelanggaran terhadap paras sokongan yang disebutkan, maka harga semasa akan cuba membuat penurunan dan akan cuba mensasarkan paras sokongan harian yang berada di paras 0.89667. Sebaliknya, jika harga semasa membuat kenaikan, harga semasa akan cuba untuk menguji paras rintangan kukuh di paras 0.90167. Melanggar paras rintangan ini akan membawa harga semasa ke arah rintangan seterusnya di paras 0.90406.
Signal untuk hari ini
Sell stop 0.90016
Sl: 0.90167
Tp: 0.89667