AUDCAD: Tekanan Sideway membataskan pergerakan harga - 16-01-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang AUD/CAD pada hari ini di lihat masih lagi di bawah tekanan Sideway yang jelas semenjak awal bulan ini. Pergerakan sideway ini membataskan pergerakan harga semasa di bawah paras 0.90238 dan di atas paras sokongan 0.89968. Pasaran yang agak tidak menentu membataskan pergerakan pasangan matawang ini untuk minggu ketiga berturu-turut. Oleh itu, saya mencadangkan bahawa kita mengambil langkah berhati-hati bagi pasangan matawang ini sebelum mengambil sebarang tindakan. Melanggar paras sokongan di paras 0.89968 ini akan membenarkan harga semasa untuk membuat trend penurunan dan kita boleh mensasarkan paras sokongan kukuh di paras 0.89667. Sebaliknya, melanggar paras rintangan 0.90161 akan memberi daya kepada pasangan matawang ini untuk membuat kenaikan dan mensasarkan rintangan terdekat iaitu di paras 0.90406.
Signal untuk hari ini
Sell stop 0.89968
Sl: 0.90161
Tp: 0.89667