AUDNZD cuba menutup GAP - analisis - 24-05-2019
Pasangan AUDNZD hari ini dilihat cuba membuat penutupan gap yang berlaku pada hari isnin yang lalu.Buat masa sekarang dapat kita lihat bahawa harga semasa sedang cuba melanggar sokongan kukuh diparas 1.05651 yang mana paras ini sekarang ini diwakili oleh MA50.Mengingatkan kepada anda bahawa jika harga melanggar paras sokongan ini maka harga akan cuba untuk menguji paras sokongan kukuh yang berada diparas 1.05224 sekaligus membuat penutupan gap.Melanggar sokongan kukuh tersebut pula akan membawa harga mencari ZON sokongan utama yang berada disekitar paras 1.04418-1.04091.Sebaliknya jika harga gagal untuk melanggar sokongan kukuh diparas 1.05224 ini maka harga akan cuba menguji kembali MA50 diparas 1.05651 dan seterusnya akan cuba melawat rintangan kukuh yang berada diparas 1.06628.Indikator stokastik pula sekarang ini cuba memasuki zon 20 dan cuba melakukan signal overbought.
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 1.05224 dan rintangan 1.06628
trend : bearish