NZDJPY melanggar trendline - analisis - 23-07-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

NZDJPYH4.png

Pasangan matawang NZDJPY untuk analisa hari ini menunjukkan pelanggaran terhadap saluran kenaikan harga yang telah ditandakan semalam.Dapat dilihat hari ini harga semasa lebih cenderung untuk membuat penurunan harga setelah melanggar trendline dibawah.Tetapi jika dilihat,harga semasa sekarang ini tersekat diantara trendline yang membentuk rintangan dan MA50 yang membentuk sokongan kukuh.Indikator MA sekarang ini membentuk sokongan-sokongan kukuh dibawah paras harga semasa.Manakala indikator stochcastik pula menunjukkan kekuatan BEARISH untuk memasuki zon oversold.

Mengingatkan kepada anda bahawa jika harga semasa berjaya melanggar zon MA50 diparas 72.658 maka harga semasa akan membuat penurunan dan akan melalui dua lagi zon sokongan kukuh yang diwakili oleh MA100 dan MA200 iaitu masing-masing diparas 72.368 dan 72.180.Melanggar kesemua MA ini akan memberikan pengesahan penurunan terhadap pasangan matawang ini dan kita akan mensasarkan sokongan utama pada minggu ini iaitu diparas 71.543 sebagai kawasan sokongan utama.Sebaliknya jika harga semasa gagal melanggar zon sokongan MA50 maka harga semasa akan membuat kenaikan dan akan mensasarkan kembali zon rintangan harga diparas 73.280.

julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 72.658 dan rintangan 73.280

trend : bearish

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.