Ramalan yang memukau untuk 2022
Hello dari tahun 2022! Penganalisis FBS telah menggunakan beberapa ilmu di sebalik mata untuk mengembara ke masa hadapan dan membawa pulang beberapa ramalan lucu untuk anda. Nikmati bacaan ini dan ingat: terselit sekelumit kebenaran dalam setiap jenaka!
Pedagang dan The Golden Stone
Tahukah anda bahawa kebanyakan kekangan yang kita hadapi sebenarnya wujud hanya di dalam fikiran kita? Kebanyakan pedagang mengimpikan untuk membuka urusniaga beli XAU/USD dan kemudian berehat sehingga mereka mempunyai wang yang cukup untuk membeli Golden Globe dan pelbagai barang berkilau lain. Namun: bagaimana jika perkara sedemikian tidak lagi mungkin? Adakah anda akan berputus asa atau cuba berhujah dengan pasaran yang jauh lebih berkuasa?
Hakikatnya, The Golden Stone (emas) itu jatuh berguling-guling pada tahun 2022. Matawang kripto dan pasaran saham yang berkembang pesat telah mencuri tumpuan daripada peminat emas. Pandemik telah surut, dan Fed mula menaikkan kadar faedah. Kisah 2013 berulang lagi: ketika itu, XAU/USD jatuh hampir 30%. Kini kita berada di paras $1600, dan itu belum 30% lagi!
Jangan panik, perantis muda ilmu kesaktian perdagangan! Ingat bahawa urusniaga beli dan urusniaga jual adalah sama baik, jadi pertimbangkan untuk menjual apabila harga menurun. Anda perlu mengikuti arus pasaran! Dan jika anda tidak menyukai downtrend, anda sentiasa boleh memusingkan carta anda supaya anda akan melihat ia seolah-oleh sedang menaik. Tapi, jangan lupa untuk memilih butang pesanan yang betul.
Sentiasa pilih butang yang betul pada Tahun Baru!
Minyak, gas, dan penyimpanan rahsia
Elon Musk memulakan revolusi dan menjadi pemimpin dunia. Pengikut dan peminat kriptonya menjadi rakyat dan tenteranya! Kini matlamat utama manusia adalah untuk berpindah ke Marikh, dan tidak ada perkara lain yang lebih penting. Inilah yang dikatakan oleh Musk yang agung. Beliau sudah berada di peringkat terakhir pembinaan roket untuk mengangkut manusia ke Planet Merah itu. Apakah itu bahan api roket? Gas yang paling bersih. Jadi, anda mungkin dapat meneka apa yang berlaku. Harga gas melonjak lebih pantas daripada Bitcoin pada hari-hari terbaiknya! Adakah ia mencecah $100, $200, $300? Tidak, $1000000 untuk satu gelen! Manakala, minyak turun ke paras terendah kerana tiada siapa yang memerlukannya lagi…
Nikmati saki baki tahun 2021, dan kita berjumpa lagi di tahun 2022!
Lira Turki dan The Prisoner of Erdogan
Dunia telah banyak berubah. Selepas Presiden Turki Erdogan menukar gabenor bank pusat sebanyak sepuluh kali lagi, kadar bank kini 0%, sama seperti di Eropah. Oh, tunggu, pada masa itu tahap inflasi adalah 69%. Bagaimana mungkin? Adakah rakyat Turki ada jalan untuk keluar daripada kejatuhan ekonomi? Ya, sudah tentu mereka ada.
Turki cuba beralih kepada dolar sebagai matawang utama di negara itu, tetapi… lebih baik jika anda tidak tahu apakah dasar monetari Fed pada tahun 2022. Bagaimanapun, dolar juga bukan satu pilihan yang baik. Apa lagi yang boleh mereka lakukan?
Bitcoin ada di sini untuk menyelamatkan kita semua! Maksud saya, menyelamatkan tahun 2022! Kripto yang terbaik untuk melawan inflasi ialah kripto yang mempunyai jumlah maksimum koin yang terhad. Jadi kini setiap warga Turki menggunakan Bitcoin, dan inflasi lira tidak menjadi masalah lagi. Malah jika anda jadikan kadarnya negatif, tiada siapa pun yang ambil peduli lagi.
Rencamkan portfolio anda, dan nikmati tahun yang cemerlang!
Ethereum dan The Network of Fire
Tahun 2022. Proof of Work (PoW) kini sudah ketinggalan zaman. Pelombong (miners) berpindah kepada staking. Tetapi Vitalik Buterin, pencipta Ethereum, akhirnya sudah pandai mengaturcara dengan pantas, jadi ETH beralih dari proof-of-stake ke proof-of-time, kemudian ke proof-of-space, dan akhirnya, ke proof-of -proof, mekanisme konsensus yang berfungsi tanpa sebarang penjelasan yang rumit. Anda cuma perlu mengatakan bahawa suatu transaksi itu fantastik dan semuanya baik-baik saja mulai dari sekarang. Selain itu, fi untuk transaksi juga sangat rendah. Sangat gempak, bukan?!
Tetapi bagaimana dengan model deflasi? Keadaan menjadi sangat deflasi sehingga setiap ETH yang dilombong akan dibakar. Selain itu, anda perlu membakar ETH anda untuk melombong ETH. Sudah tentu, ini menimbulkan masalah bekalan yang menakjubkan, dan kini 1 Ethereum bernilai jauh lebih daripada 1 Bitcoin. Dan anda perlu saksikannya sendiri!
Semuanya kini berfungsi dengan baik di Ethereum. Rantaian bekalan, kontrak pintar, permainan video, malah Internet itu sendiri. Ia masa yang tepat untuk hidup dengan desentralisasi secara total, ketiadaan sekatan, pasaran yang bebas, dan tiada langsung Covid.
Beli hanya koin yang boleh dipercayai pada tahun 2022. Selamat Tahun Baru!
Encik Powell dan Order of the Hawks
Mahu dengarkan satu kisah dongeng?
Jerome Powell sedang duduk di atas sofa yang selesa di kotej klasiknya di Silver Spring. Cuaca suram, dan campuran salji dan hujan yang bercucuran mengetuk tingkap. Di belakang JJ (inilah panggilan isterinya untuk beliau), sebuah monitor besar sedang menyiarkan saiz hutang bajet AS secara langsung.
Nampaknya JJ sudah terlelap. Namun, mulutnya meracau tatkala matanya tertutup.
“Inflasi, pekerjaan, coronavirus…”
Beliau tidak tidur sebenarnya; fikiran beliau menerawang ke tahun 2022. Hanya Pengerusi Rizab Persekutuan yang sejati mampu berbuat demikian. Jadi, apa yang beliau lihat?
Suatu yang tidak mengejutkan bagi semua orang, iaitu harga pengguna terus meningkat pada tahun 2022. Selepas menamatkan tahun 2021 dengan tahap 6.8% di bulan November, CPI AS meningkat dan mencapai lebih daripada 7% di bulan Februari – angka gila yang belum pernah disaksikan sejak tahun 1990. Aktiviti ekonomi juga meningkat semula. Tindakan Rizab Persekutuan sememangnya diperlukan. Jadi, Fed menggandakan kadar penirusan rangsangannya. Bagaimanapun, inflasi meningkat lebih tinggi pada bulan April. Lantas, Fed mengetatkan lagi dasarnya. Pada bulan Mei, inflasi melonjak kepada 10%. Woah! EUR/USD mencecah paras 1.0500! Semua media panik! “Adakah ini bermakna AS sudah memasuki fasa hiperinflasi? Apa yang patut kita lakukan? Apakah yang perlu dilakukan oleh Fed?”
“NAIKKAN! NAIKKAN! NAIKKAAAAN!” – Powell bangun sambil menjerit. Salji sedang gugur di luar, dan segala-galanya tampak damai, walaupun angka-angka merah mengira Hutang AS di dinding. JJ menghelakan nafas. Ia malam tanggal 31 Disember 2021.
Elon Musk dan Koin Anjing Berdarah Kacukan
Dipendekkan cerita:
Dan kemudian, ini akan terjadi:
Jadi, kami menjangkakan bahawa pada tahun 2022 kita akan melihat lebih banyak token dipam naik oleh ciapan-ciapan Elon Musk. Mungkinkah anjing lagi, atau mungkin beliau akan memilih kucing pula pada tahun ini (Tahun Harimau)?
S&P500 dan The Margin Hallows
2022…
Januari CPI di AS mencecah melebihi 50%, dan ia meroket laju ke arah 100%. Harga barangan runcit terus meningkat tatkala pelanggan berbaris di kaunter pembayaran pasaraya. Fed terus mengumumkan bahawa inflasi masih terkawal dan masih terlalu awal untuk melaksanakan penirusan.
Mac Varian strain virus Covid-19 yang ke-20 sedang merebak di seluruh dunia. Untuk terus sihat, orang ramai perlu mengambil suntikan setiap hari. Begitulah kisahnya bagaimana seluruh dunia ini menjadi penagih dadah.
Mei Jual di bulan Mei dan biarkan sahaja? Tidak di tahun 2022. Kita tidak boleh buat begitu lagi. Lebih daripada 100 dana lindung nilai mengalami panggilan margin. Bukan idea yang baik untuk "short" S&P500. Indeks-indeks utama AS menembusi aras 8000.
Ogos Moderna dan Pfizer menjadi syarikat yang terbesar di dunia dengan masing-masing menikmati permodalan lebih 40 trilion. Moderna membeli Apple, Pfizer membeli Tesla. Uptrend berterusan… Facebook akhirnya melancarkan Metaverse. Pasaran kripto mengatasi ekonomi AS dari aspek permodalan. Walau bagaimanapun, syarikat Microstrategy menjadi muflis. Para CEO sepatutnya membeli SAND, bukannya Bitcoin.
Disember Pembetulan akhirnya berlaku kerana anda telah membeli US500 sebelum kenaikan harga pada Tahun Baru.