EURCHF bergerak tenang di dalam indikator EMA
Pada pemerhatian hari ini, pasangan matawang EURCHF pada hari ini di lihat bergerak tenang dan melakukan trend Sideway sekitar paras rintangan 1.10592 dan sokongan 1.10391. Melihat kepada perubahan trend yang berlaku pada 16 Mac yang lalu, kami yakin bahawa harga semasa masih mempunyai tenaga untuk melanjutkan trend Bullish ini namun tersekat di antara EMA100 dan EMA200 yang membentuk rintangan kukuh. Oleh itu, kami akan terus memerhatikan pasangan matawang ini buat masa sekarang. Jika harga semasa menembusi paras rintangan ini maka harga semasa akan terus membuat kenaikan ke arah atas dan akan mencari rintangan utama iaitu di paras 1.11096.
SIGNAL
BUY STOP 1.10592
TP: 1.11096
SL: 1.10391