Fed Berpura-pura Mengawal Pasaran

Baca artikel ini di laman web FBS

Pada 4 Mei, Rizab Persekutuan AS mendedahkan kadar dana persekutuan untuk dua bulan yang akan datang. Walaupun kenaikan 50 mata asas itu sudah dijangka secara meluas, masa depan masih tidak begitu jelas. Mari kita rungkaikan sedikit demi sedikit!

Kenyataan FOMC secara ringkas

Adalah lebih afdal jika mulakan dengan melihat kadar dana secara retrospektif. Sejak Covid-19 bermula, Fed mengekalkan kadar tersebut pada paras hampir 0.00% to menggalakkan ekonomi dan mengurangkan kesan negatif kekurangan bekalan, lockdown dan kemerosotan jualan runcit. Anda boleh melihat penurunan mendadak kadar itu di dalam rajah di bawah.

{D1B93330-631B-4900-8291-021E985FFCCB}.png.jpg

Kadar yang rendah, $8 trilion dicetak dalam tempoh dua tahun, dan kelembapan pandemik mewujudkan medan yang sempurna untuk kenaikan inflasi. Kini, ia berada pada paras tertinggi 40 tahun, dan kini sudah tiba masa untuk pengetatan kewangan yang tegas.

{DCB0115C-B6E7-4FDE-8315-9298EFF04BA3}.png.jpg

Apa kesilapan yang boleh terjadi? Nah, perang di Ukraine tercetus dan menyebabkan kekurangan bekalan yang lebih parah. Kini, harga minyak dan gandum semakin meningkat, jadi inflasi tidak mungkin akan berakhir dalam masa terdekat. Harga akan terus meningkat, tetapi inilah berita baiknya. Inflasi mungkin telah memuncak, dan CPI 8.5% berkemungkinan menjadi titik tertinggi yang akan kita lihat dalam beberapa tahun yang akan datang. Sekurang-kurangnya, begitulah yang terlihat dengan ekonomi tersebut.

Fed juga fikir begitu. The Fed menyatakan di dalam laporan mereka bahawa inflasi telah memuncak dan akan menurun dari masa ke semasa. Sebelum kenyataan FOMC keluar, pasaran menjangkakan kenaikan 50 mata asas pada bulan Mei dan kenaikan 75 mata asas pada Julai 2022. Dalam kenyataan itu, pengerusi Fed Jerome Powell berkata Fed tidak mempunyai sebab untuk menaikkan kadar secara agresif. Oleh itu, kenaikan kadar seterusnya mungkin bukan 75, tetapi 50 mata asas, suatu yang positif untuk setiap aset berisiko seperti saham atau kripto.

Kenaikan terbesar saham sejak Mac

US500 (S&P500) meningkat hampir 3% selepas pengumuman FOMC. Ia bukanlah perubahan ke atas downtrend - pasaran saham masih di bawah tekanan yang kuat, dan terdapat beberapa faktor yang positif. Terdapat strategi pelaburan untuk saham berdasarkan permintaan bermusim yang dipanggil "Jual di bulan Mei dan berlalu pergi." Secara teorinya tempoh dari November hingga April mempunyai purata pertumbuhan pasaran saham yang lebih kukuh berbanding bulan-bulan lain. Berita yang positif daripada Fed akan meningkatkan indeks lebih tinggi, tetapi bukan untuk satu tempoh yang lama.

Tentang carta, US500 telah membentuk lilin penyongsangan harian pada 2 Mei. Juga, kita boleh melihat lantunan di osilator RSI. Pada masa ini, kita sedang berada di persimpangan, jadi perhatikan dengan teliti selepas sokongan 4000 dan rintangan 4370. Kami yakin akan ada pergerakan yang meruap dalam arah penembusan.

Carta harian US500

Rintangan: 4300, 4370, 4640, 4800-4850

Sokongan: 4140, 4000

US500Daily.png

Tinjauan emas dan USD

Seperti yang kami nyatakan di permulaan artikel, inflasi akan kekal dan tidak akan ke mana-mana. Selalunya, ia adalah faktor yang bullish untuk harga emas kerana walaupun dengan inflasi yang mereda, harga akan terus meningkat. Oleh itu, dolar akan berasa lemah selama berbulan-bulan, jika tidak bertahun-tahun.

Namun, kami sedang menanti emas menyentuh garisan sokongan $1840 dan bertahan di kawasan ini. Ini adalah garisan trend yang berfungsi dengan baik untuk emas selama lebih daripada dua tahun. Oleh itu, emas mesti mengukuh untuk beberapa waktu berhampiran kawasan ini dan kemudian meroket dengan sasaran terletak di $2000, $2500 dan lebih. Dalam senario terburuk, emas mungkin jatuh di bawah garisan trend, dan arah trend bearish akan bermula.

Carta harian XAUUSD

Rintangan: 1910, 1940, 2000, 2070, 2100

Sokongan: 1870, 1840, 1750

XAUUSDDaily.png

Sebaliknya, DXY (indeks dolar AS) berada di rintangan yang terkuat untuk tempoh lima tahun. Oleh itu, kami menjangkakan penyongsangan besar-besaran daripada garisan rintangan 104.00, satu lagi faktor yang positif untuk emas.

Carta mingguan Dolar AS

Rintangan: 104.00

Sokongan: 100.00, 97.00, 95.00

 UsDollarWeekly.png

 Gunakan maklumat ini untuk dapatkan kelebihan di pihak anda!

 BERDAGANG SEKARANG 

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.