GameStop: adakah ini baru satu permulaan?
Tampaknya drama di antara para pengguna Reddit dan firma-firma dana lindung nilai Wall Street telah mereda sejak awal minggu ini. Jika anda telah terlepas keretapi, ikuti apa yang telah berlaku menerusi artikel kami di laman web FBS.
Dalam masa hanya lima hari, saham GameStop telah menyebabkan kejatuhan besar di sektor di mana hyoe ini bermula. Pada 3 Februari, saham ini sudah pun berada di paras di mana ia 5 kali lebih rendah dari harga tertingginya di dalam sejarah. Sungguh begitu, sekilas pandang di papan forum r/Wallstreetbets memberitahu kita bahawa ramai yang berharap akan ada lonjakan kali kedua.
Jadi siapakah khayalak di Reddit ini, manusia-manusia berakhlak rendah atau para pejuang revolusi? Jika anda tanyakan kepada kami, kedua-duanya pun bukan. Mereka cuba membuat duit segera dan sebahagian dari mereka berjaya. Yang lain pula ikut serta hanya untuk bersuka-suka.
Dalam artikel ini, kami akan menyelami sejarah perdagangan runcit dan membuat analisis retrospektif terhadap saham yang berkembang pesat di era dot-com. Ini akan membantu kita merungkai soalan pokok: adakah kenaikan harga saham yang berpotensi rendah akan berterusan? Haruskah anda sertai trend ini?
Apa yang sebenarnya telah berlaku
Jika anda masih belum membaca artikel tentang prestasi GME, kami sangat mengesyorkan agar anda untuk membacanya. Secara ringkasnya, para pedagang dari r/Wallstreetbets telah mula membeli saham GameStop – sebuah rangkaian kedai fizikal yang amat disukai oleh semua, tetapi berprestasi lemah. Dana lindung nilai (hedge funds) dari Wall Street telah membuka posisi short untuk saham ini, kerana mereka menjangka ia akan jatuh. Dengan tidak disangka-sangka oleh semua, saham ini mula melonjak, kesan dari tindakan para pengguna Reddit. Ini menjurus kepada "short squeeze" – situasi di pasaran di mana para penjual perlu membeli saham pada harga yang lebih mahal, menyebabkan harganya naik lebih tinggi. Kejutan ini menyebabkan dana-dana lindung nilai tersebut kerugian berjuta-juta dolar dan malah mendorong Robinhood, sebuah platform perdagangan Amerika, menutup akses untuk membeli saham GME. Dan itulah saatnya di mana skandal ini mencapai kemuncaknya. Ramai penganalisis, ahli-ahli politik, tokoh perniagaan, dan malahan Elon Musk sendiri mendakwa tindakan Robinhood tidak adil. Pengkritik merujuk kepada hubungan antara Robinhood dan Citadel Securities yang mungkin telah membawa kepada manipulasi pasaran. Namun kedua-dua syarikat tersebut telah menafikannya.
Ingin dinyatakan di sini bahawa GameStop bukan satu-satunya sasaran warga Reddit. Saham-saham lain yang mengalami kenaikan adalah AMC Entertainment, Blackberry, dan Bed Bath & Beyond. Para pedagang runcit turut membeli perak pada minggu lalu, mendorong kenaikan harga logam berharga itu ke paras tertinggi Ogos.
Sejarah "short squeeze"
Kami tidak akan menceritakan kepada anda tentang Tulip Bulb Mania yang terjadi di kurun ke-17 bila seorang ahli botani Belanda terlebih nilai harga benih tulip sehingga semua orang tergila-gilakannya. (tak ubah seperti Gamestop!)
Hari ini kami ingin mencadangkan agar anda renungkan satu contoh yang lebih terkini. Dahulu, pada dekad 90an dan awal 2000an, banyak saham telah melonjak-lonjak dek kerana demam dot-com. Orang ramai telah melabur dalam pelbagai syarikat tanpa melihat pada asas fundamentalnya. Banyak syarikat menyaksikan nilai mereka mencanak-canak tetapi potensi mereka rendah.
Ada satu lagi contoh yang lebih dekat lagi dengan realiti semasa kita. Ada satu laman web yang seakan-akan dengan forum Reddit di dekad 1990an. Salah satu darinya adalah siliconinvestor. Pada tahun 1996 orang ramai cuba mengepam harga syarikat teknologi Zitel yang dijangka boleh menyelesaikan masalah Year 2000 (Y2K). Harga ini benar-benar melonjak dalam jangka masa pendek lantaran dari khabar angin tentang prospek ia akan menerima pelaburan dari George Soros. Kini mustahil untuk kita menemui sebarang data tentang saham ini selepas dari tahun 1998.
Jadi seperti yang kita boleh lihat, ini bukan kali pertama orang cuba untuk memerah wang dari saham yang berpotensi rendah. Adakah ia berbaloi? Bagi mereka yang cukup bertuah dan menganggap pasaran seperti sebuah kasino, ya. Yang lain pula hanya mengikut arus khalayak, kebanyakannya gagal.
Seterusnya bagaimana
Situasi GameStop mencetus satu kes yang tidak pernah terjadi sebelum ini untuk syarikat-syarikat besar dan institusi pelaburan. Ia terjadi kerana perdagangan sosial menjadi amat popular di tahun-tahun kebelakangan ini. Kini, syarikat-syarikat sedang memantau forum Reddit dalam percubaan mereka untuk mengetahui sasaran para pedagang runcit yang seterusnya. Menurut Thinknum Alternative Data, Nokia, AT&T, dan Toronto Dominion Bank antara syarikat yang paling sering disebut di dalam forum berkenaan.
Giliran AT&T pula untuk melonjak?
Haruskah anda menyertai khalayak ini?
Jika anda rasa anda mahu bertaruh, mengapa tidak? Bagaimana pun, bertaruh bukanlah berdagang. Dalam pertaruhan, anda dagangkan saham syarikat yang berkemungkinan akan muflis di dalam beberapa tahun. Manakala perdagangan pula, anda membuat keputusan anda berdasarkan latarbelakang fundamental dan teknikal. Seperti yang kebanyakan kita boleh lihat, para pedagang runcit adakalanya mengalami kerugian lebih banyak bila mereka cuba melawan gergasi Wall Street.
Walau apa pun, orang ramai percaya dengan kuasa yang ada di tangan mereka. Para pedagang Reddit terus mengekalkan pegangan saham GameStop mereka dengan harapan akan ada lonjakan kedua, manakala para penganalisis masih tertanya-tanya tentang sasaran mereka yang seterusnya. Adakah ia AT&T?
Tidak tahu bagaimana caranya untuk dagangkan saham di FBS? Ikuti langkah-langkah mudah berikut.
- Pertama sekali, pastikan anda telah memuat turun Metatrader 5 atau aplikasi FBS Trader. FBS membolehkan anda berdagang saham hanya menerusi perisian-perisian ini.
- Buka akaun MT5 di laman peribadi anda (atau buka akaun di dalam aplikasi FBS Trader).
- Mula berdagang!