Gas menyala-nyala
Seperti minyak, gas asli adalah produk bahan organik yang terurai, biasanya dari mikroorganisma laut kuno, yang telah terdeposit sejak 550 juta tahun yang lalu. Seringkali, gas dan minyak ditemui di kawasan yang sama, jauh di bawah permukaan tanah. Kerana itu, harga kedua-duanya kadang-kadang terkorelasi. Tetapi selama beberapa minggu kebelakangan ini harga gas telah meroket dengan kadar yang luar biasa tinggi. Ia telah naik lebih dari 17% sejak 18 Ogos. Apakah yang mendorong pergerakan tersebut dan bagaimana kita boleh meraih keuntungan dari perdagangan gas global?
Berita terkini:
- Taufan Ida telah memaksa pengeluaran minyak dan gas dihentikan.
- Mesyuarat OPEC+ dijangka akan menangguhkan peningkatan kadar pengeluaran minyak.
- Harga gas asli telah naik dengan tajam seminggu terakhir ini, dengan niaga hadapan mencecah paras tertinggi dua tahun kerana kenaikan inflasi dan pemotongan pengeluaran yang berterusan.
Apa yang mempengaruhi harga gas?
Penilaian pasaran Gas Asli harus dimulakan dengan beberapa poin asas. Lazimnya, ada beberapa sebab mengapa harga komoditi ini berubah:
- Hukum penawaran dan permintaan mengatur harga, seperti yang berlaku di hampir semua komoditi.
- Sebagai tren umum jangka panjang, penawaran minyak berkualiti tinggi dan gas telah dimalarkan sementara permintaan global pula meningkat seiring dengan pertambahan populasi dan pertumbuhan ekonomi.
- Terdapat konsensus yang semakin meningkat bahawa dunia sedang menghadapi anjakan struktur, didorong oleh peralihan tenaga dan sapirasi dunia perniagaan untuk mengurangkan jejak karbon mereka.
Mari kita teliti sebab-sebab tersebut untuk membuat ramalan harga gas asli. Manakala buat masa ini, permintaan tidak menunjukkan tanda-tanda ia akan mereda. Antara tahun 2009 dan 2020, penggunaan gas global meningkat sebanyak 30% kerana sektor utiliti dan industri mengambil kesempatan dari pengeluran yang yang pesat. Walaupun dalam suasanna covid-19, pakar menjangkakan permintaan akan meningkat lebih tinggi dalam tempoh 10 tahun yang akan datang.
Sumber: https://www.iea.org/data-and-statistics/charts/global-natural-gas-demand-by-scenario-2010-2030
Atas alasan-alasan ekologi, banyak syarikat dan negara telah mula menggunakan gas dalam industri penjanaan tenaga elektrik. Peralihan ke gas asli dapat dilakukan dengan agak cepat dan murah sambil memberikan kesan yang besar terhadap penurunan pelepasan karbon. Gas asli adalah bahan bakar fosil yang terbersih dan menghasilkan CO2 sehingga 50% lebih rendah dari arang batu. Sementara itu, alternatif bukan bahan bakar fosil seperti angin dan solar berada pada yang masih belum matang untuk menghasilkan tenaga yang cukup dan menawarkan penggunaan yang murah.
Masa depan gas yang cerah
Sudah ada tanda-tanda di seluruh dunia bahawa bekalan akan kekurangan:
- Selain dari pengembangan besar-besaran di Qatar, tidak banyak projek eksport gas asli cecair (LNG) baru telah dimulakan sejak tahun 2020.
- Kerajaan tidak pasti mengenai dasar pengurangan pelepasan, oleh itu, pengeluar kurang bersedia untuk menandatangani perjanjian penawaran jangka panjang.
- Projek saluran paip utama bermasalah untuk maju, dan syarikat carigali menerima tekanan dari para pelabur, yang ingin menghindari situasi berlebihan gas. Lebih-lebih lagi, pengeluar utama gas asli mempunyai terlalu banyak kuasa di tangan mereka. Itu memberi mereka peluang untuk mengawal harga dan seterusnya menghapuskan pesaing yang lebih lemah.
Walaupun harga akan meningkat lebih tinggi sepanjang sedekad yang akan datang, itu tidak akan cukup untuk mengurangkan permintaan bahan bakar secara drastik. Apa yang kita boleh katakan sekarang ialah gas semakin kurang bergantung pada harga minyak dan trend ini akan berterusan.
Analisis teknikal
Bercakap tentang carta, gas asli AS beberapa hari sahaja lagi dari kemeruapan yang tinggi. Buat masa ini, harga mengukuh dalam segitiga dan penembusan akan menentukan nasibnya. Sekiranya berlaku kenaikan yang seterusnya, kemungkinan besar capahan RSI (divergence) akan terbentuk. Itu akan menandakan pullback akan terjadi.
Carta H4 XNG/USD
Sokongan: 5.60; 4.94; 4.20
Rintangan: 6.30; 6.50; 7.00
Untuk dagangkan gas asli, kita perlukan satu strategi perdagangan. Untuk memilikinya, kita perlu memahami aset tersebut dengan lebih baik. Berikut beberapa petua untuk pedagang yang pasti dapat membantu anda.
- Lihat artikel prospek jangka pendek tenaga di laman web kami untuk mengikuti trend terkini.
- Untuk mengira risiko anda, adalah bijak untuk menyemak spesifikasi kontrak untuk niaga hadapan tenaga .
- Analisis aset berkaitan, seperti minyak Brent dan minyak mentah. Harga cenderung terkorelasi di antara mereka.
- Gunakan analisis teknikal dan tentukan aras sokongan dan rintangan untuk harganya.
Sekiranya melakukan analisis perdagangan menggunakan indikator teknikal, yang terbaik untuk gas pada masa ini adalah RSI, kerana ia dapat menunjukkan capahan (divergence) antara indikator dan harga dan mengesan kebarangkalian penyongsangan lebih awal daripada yang lain.
Tidak ada pertumbuhan yang kekal, dan meskipun harga gas telah meroket beberapa minggu terakhir ini, kebanyakan masanya ia kurang kemeruapan. Oleh itu, apabila "Musim Gas" ini berakhir, pertimbangkan untuk meninjau matawang kripto, kerana ia jauh lebih meruwap. Juga, perdagangan kripto yang tersedia 24/7 bermakna anda tidak perlu menunggu pembukaan pasaran, cukup untuk buka platform perdagangan FBS Trader atau Meta Trader anda dan nikmati semua potensi akaun perdagangan kripto.
Sekarang anda tahu bagaimana cara untuk dagangkan gas asli, jadi tunggu apa lagi?