GBP/CHF masih bergerak tenang di dalam corak segitiga - 12-2-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang GBP/CHF di lihat masih dalam pergerakan Sideway. Harga semasa masih di dagangkan perlahan sekitar paras 1.26363 dan bergerak di dalam corak Segitiga yang menunjukkan ketidakseimbangan harga. Akibat dari itu, buat masa sekarang kita tidak lihat sebarang arah atau trend lagi untuk pasangan matawang ini. Saya menjangkakan, jika harga semasa membuat pelanggaran terhadap sokongan kukuh di paras 1.25350 maka harga semasa akan cuba untuk membuat penurunan dengan mensasarkan paras sokongan 1.22250 sebagai zon sokongan kukuh. Sebaliknya jika harga semasa membuat pelanggaran ke arah atas, maka harga semasa akan cuba untuk membuat sentuhan di paras 1.27219.