GBPJPY dalam proses penurunan - analisis - 21-05-2019
Pasangan GBPJPY dilihat masih dominan mengekalkan kejatuhan harga atau trend bearish untuk hari ini.Dilihat pada carta diatas,saya menjangkakan bahawa harga semasa akan cuba untuk melakukan kenaikan dahulu untuk menguji rintangan diparas 141.317.Mengingatkan kepada anda bahawa kegagalan melanggar rintangan kecil tersebut akan mengesahkan jangkaan penurunan harga dan jangkaan saya adalah untuk harga turun melawat paras sokongan diparas 135.919.Melanggar sokongan ini pula akan membawa harga menyentuh paras sokongan utama diparas 132.225.Paras ini adalah harga terendah untuk tahun 2019 bagi pasangan ini.Sebaliknya jika harga berjaya melanggar paras rintangan kecil diparas 141.317 tersebut maka harga akan terus menaik dan mendekati paras zon rintangan yang diwakili oleh kesemua moving average yang terletak disekitar paras 143.745-144.701
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 135.919 dan rintangan 143.745
trend : bearish